Projek Destiny

Waktu itu dunia sudah mencapai tahap kemajuan yang tinggi, walaupun nilai dan akhlak semakin hilang nilai terpuji. Rompak rogol rasuah merata-riti, manakala teknologi sudah mencapai tahap mampu menentukan genetik bayi. Di tengah-tengah kemelut ini, muncul seorang manusia dengan misi yang suci; membersihkan manusia daripada terus mencemarkan dunia ini.

Rancangannya: Menghapuskan semua manusia dan melahirkan manusia yang baru dengan menentukan genetik tertentu supaya sesuai dengan matlamat manusia itu dilahirkan. Seorang bayi yang dilahirkan untuk menjadi guru diberikan genetik kemahiran mengajar, manakala bayi yang ditentukan agar menjadi seorang peniaga diberikan genetik kemahiran menawar harga. Maka manusia tidak lagi melencong dari matlamat asal, lalu tiada sebarang konflik akan berlaku.

Inilah Projek Destiny yang diusulkan Gilbert Dullindal dalam Gundam Seed Destiny untuk membaiki nilai moral manusia. Niatnya suci, tapi pelaksanaannya keji.

Kita mungkin menyangka anime GSD ini hanya sebagai sebuah cerita fiksyen, tapi inilah realiti: Manusia lebih cenderung untuk menghapuskan, kemudian membuat yang baru, daripada memperbaiki apa yang telah ada.

Kenapa terjadinya demikian?

Rey Za Burrel menyatakan bahawa manusia tidak akan sekali-kali berubah. Maka kita perlu hapuskan manusia secara keseluruhan dan membentuk manusia dengan genetik yang baru – ditentukan oleh kita sendiri agar mereka tidak melakukan sebarang kegiatan yang boleh menimbulkan konflik.

Anda tidak percaya?

Parti politik ingin mengubah Malaysia dengan cara merampas kuasa; Bila sudah ada kuasa, akta dikuatkuasa, manusia akan dipaksa.

Ada pula Bantah Medic’s Got Talent; Tiada Medic’s Got Talent, maka tiada maksiat dilakukan.

Kurung anak-anak dalam rumah, jangan bagi keluar; Tidak bergaul dengan anak-anak nakal, maka tidak membuat masalah.

Jarang sekali manusia mengambil pendekatan mendidik dan membetulkan.

Kenapa tidak Medic’s Got Talent diteruskan, tapi ditetapkan syarat Talent yang bukan nyanyian, tarian dan perkara haram? Ini membuka ruang kepada persepsi baru, paradigm shift bahawa Talent tidak semestinya menyanyi dan menari sahaja. Public Speaking pun adalah satu Talent. Tiada talent untuk menarik perhatian audience, tiada talent untuk berada di depan khalayak ramai, maka anda tidak boleh menjadi speaker yang bagus.

Kenapa tidak anak-anak diberitahu “do and dont”, dibiarkan bergaul di luar rumah, kalau salah diberitahu kembali? Baru kita boleh lihat keberkesanan didikan kita. Ini bukan anak babi yang bodoh, ini adalah anak-anak yang telah dididik dan dibesarkan selama 40 tahun. Kita ajar mengaji, ajar nilai moral dan akhlak, tapi tidak pernah memberi ruang untuk anak-anak praktis tanpa pengawasan kita. Sebab itulah ramai ibu bapa syok sendiri anak mereka berakhlak mulia apabila orang luar memberitahu anak mereka memukul pelajar lain.

Kita mesti yakin dengan kemampuan anak-anak kita praktis nilai agama tanpa pengawasan kita, dalam masa yang sama kita sedar anak kita juga boleh melakukan kesilapan. Waktu itu, tugas kita adalah membetulkan kesilapan tersebut dan menjelaskan kenapa.

Kenapa tidak kita lihat dulu apa yang anak buah kita ingin lakukan, kemudian kita baiki mengikut etika dan peraturan sedia ada? Barulah gerakerja kita bercambah dan lebih kreatif daripada biasa. Kuasa bukan segalanya, kadang-kadang pengalaman itu lebih bernilai.

Sebab itu saya lebih suka kalau anak buah menemui saya dengan idea-idea yang baru walaupun dilihat gila, tidak logik, kadang-kadang tiada kaitan pun dengan kerja kita. Sebab saya ingin lihat adakah mereka mampu untuk membawa idea mereka. Sebab saya ingin mereka belajar daripada tugas yang saya beri, bukan sekadar mengikut dan buat arahan. Saya ingin mereka menemui sesuatu yang boleh menggembirakan mereka dengan tugas yang diamanahkan. Kemudian barulah kita pimpin idea dan cara mereka supaya bertepatan dengan gerak dan etika kerja kita.

Inilah yang dinyatakan oleh Kira Yamato sebagai jawapan kepada Rey Za Burrel; Manusia sentiasa boleh berubah, dengan didikan dan petunjuk yang betul.

Saya juga memetik kata-kata beliau, jawapan kepada Shinn Asuka di Orb Memorial:

No matter how pretty a flower blooms,
people never hesitate to blow it away.

Shinn Asuka, GSD Episode 8

No matter how many times the flowers are blown away,
we can always plant it again.

Kira Yamato, GSD Final Plus

Jom, sama-sama kita percaya manusia boleh berubah dan mengubah!

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

1 thought on “Projek Destiny

  1. ho yeah an eye-opener in the form of Gundam integrated in real life, ur brilliant!

Leave a Reply to haruCancel reply