Salur Darah Paru-paru Tersumbat

“Tadi pergi klinik sebab apa?” Aku tanya sambil baca surat rujukan dari klinik. Hajatnya nak buat CT Pulmonari Angiografi.

“Sakit dada dah seminggu. Makin teruk semalam.” Pemuda umur 30-an tadi memulakan cerita.

“Sakit tu rasa macam mana? Ada rasa macam berat kena tindih hantu?” Sembang lupa hantu masuk jel bulan puasa.

“Rasa cucuk-cucuk sebelah sini.” Sambil tangan gosok sebelah dada kiri.

“Datang masa rehat atau tengah buat kerja?”

“Tak ada buat apa-apa. Kalau baring makin sakit. Semalaman tak dapat tidur. Sesak nafas.”

Aku rembat stetoskop HeshO kemudian tekap pada belakang pesakit. Dengar kedua-dua belah peparu. Tak ada bunyi mencurigakan.

“Ada demam batuk hingus muntah cirit kencing sakit?”

“Pagi tadi batuk keluar darah sikit.” Xray dari KK ditilik. Ada sikit consolidation sebelah kiri. Pneumonia?

“Sekali itu sahajalah?”

“Sekali sahaja. Tak ada batuk dah.”

“Tempat lain tak ada lebam atau berdarah? Gusi ke, kencing berdarah ke.” Kena juga tanya kalau-kalau ada masalah pembekuan darah.

“Tak ada duktur.”

“Sebelum ini ada makan ubat? Darah tinggi kencing manis asma sakit jantung sakit buah pinggang sawan kanser?”

“Tak ada duktur.”

“Pernah masuk hospital sebelum ni?”

“Bulan lepas masuk hospital sebab kaki kanan patah. Letak simen. Baru buka minggu lepas.”

Aku periksa kedua kaki. Tak ada bengkak atau sakit.

“Masa kaki bersimen lepak rumah sahaja? Ada gerak pergi tandas atau baring sahaja?”

“Pergi tandas sahajalah, lain cuma makan minum tidur atas katil.”

“Kita ulang satu ECG.” Aku bagitau HeshO.

Ritma sinus. Small Q dengan T Inversion lead III. Tak ada ST elevation. Sama seperti ECG dari klinik, walaupun ditulis ada corak S-I, Q-III, T-III.

“Nak ambil D-dimer?” HeshO tanya sambil tengok ECG.

“Tak payah. Dah dapat CT, buat apa tunggu D-dimer berjam-jam?”

CT Pulmonari Angiografi diteruskan seperti yang dah dibincang dengan pakar perubatan. Salur darah tersumbat pada lobus tengah, paru-paru sebelah kanan.

Good job eMO KK. Mintak CTPA cuma dengan history, ECG dan xray.

  • chest pain
  • hemoptysis
  • history of immobilization

eMO Hospital (selain Psikiatri) kalau sembang sahaja tak boleh dapat diagnosis. Kena juga ambil FBC BUSE Creat LFT tunggu D-dimer kemudian barulah boleh buat CT.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain