Kalau Nak Juga MC

Belek-belek kes passover petang ada satu masih menunggu. Zon hijau pun banyak passover tunggu keputusan darah pelik-pelik. Bagi sahajalah balik awal.

“UFEME dah keluar?” Aku hulur triaj pada HeshO suruh cari keputusan dalam sistem makmal.

“No UTI picture.”

“FBC dan renal profile OK?”

“Total white OK. BUSE creat normal. Amylase not raised. Diastase normal.” Fuh sampai ke diastase level pancreatitis ha.

Aku belek-belek xray. No dilated bowel.

“Jom pergi scan sekejap.” Aku keluar bawa pakcik pergi bilik ultrasound. Elok sahaja jalan tak nampak macam sakit.

“Sakit dah berapa lama?” Aku tanya balik cerita sementara pakcik baring atas katil sambil tunggu mesin ultrasound On. Sedikit gel disapu pada probe.

“Baru malam ni. Rasa memulas.” Tangan ditunjuk bahagian perut. Sekejap kanan kemudian kiri, kemudian atas.

Perut ditekan-tekan. Lembut. No guarding. Hernia orifice intact.

Aku ambil probe ultrasound yang dah ready. No free fluid. Kidney grossly normal, no hydronephrosis. Aorta normal. Gall bladder not dilated. No stone. Perut bahagian atas kanan ditekan kuat sambil tengok respon. Murphy negative.

“Berak OK?”

“Hari ini belum berak.”

“OK lah, sudah.” Aku bagi tisu untuk lap gel yang bersisa di perut. Sementara dia duduk aku ketuk sikit pinggang kiri dan kanan. Renal punch negative.

Balik semula bilik zon hijau aku tambah sikit nota pada triaj. ECG di belakang ditilik semula. Textbook sinus rhythm.

“Encik Azam,” Aku panggil masuk bilik.

“Semua keputusan darah normal. Saya scan pun tak ada apa-apa masalah. Xray tak ada batu atau usus tersumbat. Saya bagi balik, rehat dulu kat rumah.”

Dia angguk tanda faham.

“Saya bagi ubat gastrik sikit beberapa hari. Mungkin sakit perut biasa.” Aku suruh HeshO prescribe pantoprazole. Kalau tak bagi apa-apa kang cakap dokter tak buat apa-apa.

“Hmm Dokter, nak MC esok boleh?”

“Sakit perut baru malam ini kan? Jadi saya tak bagi MC untuk esok. Balik rumah rehat dulu, esok pagi masih sakit berguling datang semula kecemasan.”

Muka kecewa. Biasa ni MC seeker datang malas kerja nak cuti. Itu sahajalah ubatnya.

“Tapi kalau awak nak juga, ada caranya…”

“…saya suruh adik saya bagi MC.”

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain