Doktor, Saya Nak Tanya Lagi dan Lagi

“Ya Encik, datang hospital malam ni kenapa?”

“Saya rasa sakit sebelah sini sejak petang,” dia tunjuk bahagian bawah kanan dada.

“Masa tu tengah buat apa? Ada jatuh?” Aku bangun tekan sikit bahagian bawah tulang rusuk.

“Saya ni tak biasa jogging. Lepas lima lap saya rasa lelah dengan sakit sebelah sini sampai sekarang.”

Oh OK. Rasa macam nak jawab macam meme dalam internet – kalau sakit lepas jogging, jangan pergi jogging. Haha.

“Dulu saya ada gastrik, doktor ingat tak doktor rujuk saya ke doktor bedah dulu?”

“Aha ingat-ingat.” Baru teringat lelaki di depan ini orang yang sama aku minta Alisia tengok suruh bagi temujanji OGDS beberapa bulan lepas.

“Saya dah buat teropong, memang betul ada H. Pylori. Lepas makan antibiotik dua minggu, sakit dah tak ada dah.”

Aku angguk sahajalah. HeshO yang awal-awal tadi teruja nak tulis dalam triaj dah hilang entah ke mana. Laju betul dia lari tinggal aku eMO seorang diri layan pesakit.

“Dulu kan saya ada buat test di KPJ positif H. Pylori. Tapi klinik cakap tak ada apa-apa. Terima kasihlah rujuk saya hari itu. Kalau tak, perut memang sakit betul.”

Pergi KPJ buat ujian nafas urease positif kemudian pergi klinik untuk consultation. Pelik juga, kenapa tak jumpa doktor KPJ sahaja. Untung boleh buat OGDS di KPJ.

“Sebab itu saya suka datang hospital. Klinik tak berapa bagus sangat.”

Bukan tak bagus tapi mereka tak ada masa nak layan celoteh awak. Dah setengah jam ni. Nasib baik malam ini tenang ada malaikat turunkan rahmat hujan bagi sejuk sikit tak ada pesakit lain di luar.

“OK kita balik semula masalah awak tadi. Sekarang masih sakit lagi? Saya bagi panadol sikit kalau masih sakit.”

“Tak apalah doktor. Saya tak makan pun panadol sebab bacaan hati saya ada masalah hari itu, takut makin teruk.”

Oh ya baru teringat klinik ada dokumen bacaan AST/ALT sedikit tinggi daripada biasa.

“Ha doktor ni saya nak tanya klinik ada buat follow up untuk masalah hati tu, tapi saya terlepas sebab hari temujanji klinik saya pergi teropong perut. Boleh bagi tarikh baru tak?”

“Boleh, nanti saya buat surat rujukan ambil darah dengan teruskan follow up.” Dah diberitahu boleh sahaja ambil sendiri temujanji baru di klinik masih nak surat rujukan dari aku. Ok kita layan.

“Tapi doktor, ada kaitan tak masalah bacaan hati saya dengan H. Pylori hari itu?”

La ilaha illa Allah. Muhammad Rasulullah. Rabbi ishrahli sodri wa yassirli amri. Wahlul 3ukdatan min lisani yafqahu qauli.

“Mungkin tak ada kaitan, sebab tu kita buat ujian dan follow up. Hari itu dah teropong perut, doktor bedah pun dah bagi temujanji untuk ultrasound hati tengok kalau ada masalah lain.” Aku tunjuk kepingan temujanji ultrasound bulan Disember nanti.

“Lepas ultrasound kalau ada masalah macam mana?”

“Doktor bedah tak bagi temujanji baru?” Aku belek-belek lagi kad klinik. kalau tak ada pun bukan masalah besar, Jabatan radiologi boleh sahaja rujuk balik kalau ada penemuan abnormal melalui ultrasound.

“Tak pastilah doktor.”

“Ha ni lepas ultrasound doktor bedah akan jumpa semula hujung bulan Disember. Masa itu kamu tanyalah puas-puas.” Aku tunjuk tarikh temujanji yang direkod masa OGDS sebelum ini.

“Oh, sekejap saya set dalam phone takut lupa.”

“Tak apa, saya dokumen semua temujanji awak supaya senang nak rujuk balik nanti.” Aku tulis balik semua pelan Jabatan Pembedahan dalam nota discaj.

“Satu lagi saya nak tanya doktor, saya rasa berat badan saya turun jadi makin kurus. Ada apa-apa ke?”

Ya Allah murahkanlah rezeki doktor-doktor psikiatri mampu layan benda-benda sebegini.

Saia tak kuad awaa berdossah.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain