Red Sleeve Cuff; Cinta Agung Jeongjo Pada Uibin

Dah dua episod, kiranya dah boleh buat first impression kot. Spoiler warning – walaupun saeguk latar sejarah ni sebenarnya well-known dalam Wikipedia.

1. Paling sedap tengok sinematografi cantik dengan tona warna kekuningan rasa macam warm feeling membuai-buai. Santai. Tak stress. Banyak momen kelakar selit sikit momen serius.

2. Episod satu sangat klise;

  • Baca cerita hantu ✅.
  • Jumpa masa kecik ✅.
  • Ada momen sentimental bersama ✅.
  • Tak sempat tanya nama ✅.
  • Tak jumpa cari dalam istana kemudian selisih sipi-sipi ✅.
  • Hujung-hujung tergelincir jatuh hero sambut mata bertentang mata ✅.

Rasa macam nak tolak jatuh dalam sungai. Alhamdulillah doa dimakbulkan dalam episod dua. Barulah hilang rasa bosan klise tersebut. Skip pun tak apa rasanya episod satu ni.

3. Tapi kalau skip episod satu akan terlepas persembahan mantap Lee Seol-A. Mengagumkan betul adik ni. Drama debut pun dah mantul macam ni pakcik doakan ikut jejak langkah unnie-unnie yang terdahulu sebelum kamu mudah-mudahan ditempatkan dalam kalangan mereka yang jadi heroin pada hari kemudian.

4. Latar King Jeongjo – Royal Noble Consort Ui. Adaptasi novel tajuk yang sama ditulis tahun 2017. Tapi kali ini kata pengarah, lebih fokus pada romance King-Consort, maka politik akan jadi latar belakang yang mungkin tak terlalu berat. Juga boleh jangka akan ada penderaan emosi King Jeongjo zaman kanak-kanak dengan ayah Crown Prince Sado yang sakit mental.

Sesiapa yang pernah tengok drama Yi San 2007 juga boleh agak drama ini akan sad ending. Watak sama dengan sejarah yang sama. Secara peribadi sad ending boleh sahaja jadi happy ikut interpretasi penonton dan gambaran keseluruhan drama. So layan sahajalah dulu.

Kali ini dah kali kedua Jeongjo-Uibin jadi fokus cerita, sebab kisah dua watak ini antara cerita cinta yang betul berlaku juga. Dikatakan Jeongjo melamar Uibin sebanyak tiga kali sebelum akhirnya Uibin setuju jadi Consort. Padahal Jeongjo boleh sahaja paksa mana-mana perempuan dalam istana jadi gundik, tapi tidak dengan Uibin. Queen dan Consort yang lain merupakan pilihan orang tua, tapi Uibin merupakan pilihan Jeongjo sendiri. Gelaran Uibin itu sendiri merupakan gelaran yang Jeongjo simpan sejak sebelum Seong Deuk-im naik pangkat jadi Royal Consort. Selepas Uibin meninggal juga, beliaulah satu-satunya perempuan yang Jeongjo tulis surat cinta pada batu nisan sebagai memoir.

Pusara Royal Noble Consort Uibin di Permakaman Seosamneung, Goyang

5. Tajuk drama ni Red Sleeves Cuff (Otsomae Beulgeun Kkeutdong 옷소매 붉은 끝동). Sesetengah website tulis Red Sleeves sahaja walaupun tak berapa tepat.

Sebabnya cuma bahagian kkeutdong (hujung lengan jeogori) itu sahaja yang warna merah, bukan keseluruhan lengan. Awal-awal dulu tak jumpa apa signifikan kkeutdong warna merah. Kalau warna dang-ui atau jeogori tu ada, simbol pangkat dan status dalam istana.

Tapi episod satu King Yeongjo (datuk Jeongjo) jelaskan signifikan warna merah tersebut menggambarkan perempuan court lady dalam istana semuanya milik King.

6. Disebabkan second male lead Hong Deuk-ro tu claim jasa orang lain demi secebis perhatian daripada King Jeongjo, officially jadi watak pertama dibenci dalam drama ni. Kecik-kecik dah jadi parasit, tak mustahil jadi pengkhianat pada masa hadapan.

Sorilah pakcik judgemental sikit dahlah kau tu second male lead, cuba buat sesuatu yang boleh pikat hati penonton.

7. Doakan kami semua tulisan cantik jugak. Amin. Cita-cita tak perlu grand untuk jadi seseorang yang grand.

Kesimpulan; puas hati setakat ini. Antara saeguk yang ditunggu jugak lagi2 bila netizen yang pernah baca novel dia cakap best walaupun sedih, ala2 Scarlet Heart Ryo.


  1. “Royal Noble Consort Uibin Seong.” Wikipedia. Web.
  2. “Royal Noble Consort Uibin’s Tomb.” Seosamneung Wiki. Web.
  3. “Searching for the Tombstone of Uibin.” Web.
  4. Screenshot dari drama The Red Sleeve Cuff.

Telah disiarkan dalam Facebook GengKDrama

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain