Sebenarnya ini sambungan entry lalu, saje split :P

Sekarang sudah banyak novel diadaptasikan ke bentuk visual. Dulu waktu sekolah menengah agak kecewa kerana novel Ramlee Awang MurshidPei Pan diadaptasi tapi saya berada di asrama tidak berkesempatan untuk menonton novel anugerah sastera tersebut, masih kekalkah unsur thriller sepertimana novelnya?

Baru-baru ini novel Fauziah AshariOmbak Rindu difilemkan, walaupun saya tidak berapa berkenan dengan filem 2 jam, yang bagi saya tidak cukup untuk memasukkan semua elemen dalam novel tersebut. Pelakon perempuan pun saya rasa tak best sebab digandingkan dengan Lisa haha Tapi tetap mesti tonton bila ditayangkan nanti!

Saya juga baru tahu karya Sharifah Abu SalemPesona Rindu juga telah diadaptasi, cerita tentang 2 kawan baik yang bermadu. Masih mengekalkan elemen santai, tidak terlalu mengujakan tidak terlalu mengecewakan, cukup-cukup untuk menghayati persoalan yang diketengahkan, sama seperti Trilogi Cinta. Itu pun tidak berkesempatan untuk ditonton, rancangan RTM susah untuk dicari di internet. Tapi Emelda Rosmila sebagai Najmah, maka tidak terlalu kecewa kalaupun tak tengok :P

Saya memang tidak berapa minat dengan Ahadiat Akashah maka filem Legenda Budak Setan tidak terlalu mengujakan, langsung tidak ditonton haha. Ini antara efek apabila novel diadaptasi; mereka yang tidak suka sesetengah novel mungkin tidak suka akan filemnya. Walaupun heroinnya Lisa Surihani! T_T

Industri adaptasi di Malaysia mungkin masih baru ataupun sukar atas beberapa halangan. Bayangkan novel Ramlee Awang MurshidBagaikan Puteri yang penuh dengan aksi pertarungan, efek letupan keris berterbangan difilemkan, saya cuma boleh sebut KRU yang pernah menghasilkan Merong Mahawangsa sahaja yang layak. Soal kos, soal perubahan jalan cerita, belum lagi ditambah dengan pemilihan pelakon sesuai atau tidak dengan watak, soal babak yang digemari pembaca, soal peminat novel dan sebagainya, sedikit sebanyak menjadi faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat adaptasi.

Namun begitu, dengan lambakan novel di pasaran; Alaf21 sendiri mewujudkan skim Trionovel setiap bulan maka secara kasarnya setahun ada 36 buah novel dihasilkan, jadi terdapat banyak pilihan untuk dijadikan drama. Peluang ini seharusnya dimanfaatkan sebaik-baiknya, supaya dapat mencipta win-win situation untuk semua pihak; penggemar novel, penggemar filem, penggemar drama, penerbit, pengarah, penulis novel, penulis skrip, pelakon dan semua pihak. (Lihat hasil undian genre filem)

Tapi kalau HlovateSchubert’s Serenade (Gurindam Jiwa) difilemkan mesti awesome gila; main violin dan piano! Bayangkan babak waktu Shah mainkan medley piano untuk Ju’a mesti best gile dengar composition yang terhasil ;)

Antara drama dan filem, mana satu saya lebih suka? Adaptasi novel kepada drama boleh masukkan lebih banyak scene hero-heroin disamping mengembangkan watak-watak lain. Kadang-kadang watak sampingan seronok untuk ditonton. Filem pula mungkin sequel? Maklumlah, peminat novel mana boleh puas dengan ending novel, maka kita hidangkan spin-off atau sambungan! ;)

Dan saya suka membaca penulisan berikut mengenai karya adaptasi:
Maizura Mohd Ederis – Adaptasi Kasih Yang Suci (baca komen)
Maizura Mohd Ederis – Tentang Ombak Rindu
Tonton Filem – Bersama Maizura Mohd Ederis