Kes pertama:

Saya dan junior-junior saya. Soalannya, kenapa nama junior saya Nadirah (Nadie) ada K di depan tapi nama saya tiada A di depan?


Kes kedua:

Saya dan junior-junior saya. Soalannya, kenapa nama junior saya Radin ada K di depan tapi nama saya tiada A di depan?


Soalan yang sejak dulu lagi saya pelik dan hairan.

Biasanya jawapan yang saya perolehi adalah; “A itu khusus untuk suami.” tapi elok pula panggil Tuan Guru walaupun Nik Aziz bukan guru mereka! Ini bukan A standalone, ini A prefix; letaknya di depan, menunjukkan kata panggilan hormat.

Saya merasakan bahawa hilangnya kawalan akhlak dalam masyarakat adalah apabila mereka mula rasa malu untuk menghormati orang-orang yang sepatutnya dihormati.

Tidak hairan kalau anak-anak muda tidak lagi segan silu memeluk anak perempuan di hadapan ayahnya. Sebab rasa malu itu pada benda yang konon-konon eksklusif. Tertentu sahaja.

Tidak hairan kalau orang-orang tua tidak lagi mempedulikan anak-anak muda yang membuat maksiat. Sebab mereka tidak lagi rasa dihormati. Kalau menegur pun tidak ada apa kesan.

Tidak hairan kalau ada yang mula menghentam ulama’ tanpa sedikit rasa bersalah. Sebab kalam mereka tidak lagi dihormati dengan alasan tidak maksum!

Sedangkan Saiyidina Hasan dan Husin menghormati orang tua yang silap wuduknya dengan cuba untuk tidak menyinggung hatinya, inikan pula kita yang kurang serba serbi.

Ini bukan mengada-ngada. Kalau tiada A sekalipun saya tidak kisah. Tapi kenapa pula anda panggil Saiyidina siap dengan RA? Ada Abu Bakar kisah? Atau Umar marah? Waktu ini barulah anda semua nak jawab “Hormat sahabat Nabi, ALLAH suka, dapat pahala” kan?

Nama saya Hafiz, Tahun Keenam. Kalau anda junior saya, panggil saya dengan Abang di depan, boleh kan? ;) *wink wink*

IKLAN!
Bila tiada akhlak, inilah jadinya. Hentikan penindasan perdagangan manusia, klik sini.