Manifesto atau Motto?

Sudah lama rasanya tidak mengomen tentang politik PERUBATAN maka sempena Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN 2012/2013 saya merasa perlu untuk meng-highlight dua perkara yang saya kira terlepas pandang oleh semua pihak.

Sewaktu pulang evakuasi dahulu saya berkesempatan untuk berada di Universiti Islam Antarabangsa dan memerhati beberapa perkara tentang Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar di sana. Sudah tentulah perkara yang menarik perhatian itu adalah perbezaan mereka dan kita yang saya rasa boleh diaplikasikan dalam komuniti PERUBATAN untuk menjadi lebih baik.

Antaranya Motto dan Manifesto.

Saya teringat antara komen dalam Pengenalan Calon tahun lepas adalah permintaan ahli agar adanya penjelasan tentang manifesto. Ini disebabkan mereka sebenarnya tertukar antara manifesto dan motto. Manifesto adalah penjelasan spesifik tentang Motto.

Apa itu Motto?
A motto (Italian for pledge, sentence; plural: mottos or mottoes) is a phrase meant to formally summarize the general motivation or intention of a social group or organization. In informal ways, it can be a rule or slogan someone follows, or lives their life by. (Wiki)

Apakah Motto calon di bawah?

Apa itu Manifesto?
A manifesto is a public declaration of principles and intentions, often political in nature. In some parliamentary democracies, political parties prepare electoral manifestos which set out both their strategic direction and outlines of prospective legislation should they win sufficient support in an election to serve in government. (Wiki)

Apakah Manifesto calon di bawah?

Kesimpulannya, Motto adalah slogan atau kesimpulan umum pembawaan calon manakala Manifesto adalah langkah-langkah atau tindakan yang calon ingin laksanakan setelah menang dalam pilihanraya.

Contoh: Motto PAS adalah “Membangun Bersama Islam” manakala Manifesto mereka adalah “melaksanakan hudud”.

Apa Kepentingan Manifesto?

Tidak semua ahli PERUBATAN mengenali calon-calon dalam pemilihan. Maka manifesto adalah salah satu cara untuk meraih undi. Manifesto yang memberi faedah kepada sesetengah pihak mungkin menarik mereka untuk mengundi calon tersebut.

Apatah lagi Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN bukan sahaja diundi oleh ahli dari Kaherah tapi juga dari Cawangan. Kalau ahli Kaherah sendiri kurang mengenali calon, inikan pula ahli di Cawangan.

Bagaimana Bentuk Manifesto Yang Bagus?

Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN mempunyai 2 kerusi; Presiden (termasuk Timbalan Presiden II) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT).

Manifesto Presiden mestilah merangkumi secara umum PERUBATAN atau setiap Biro atau pendirian PERUBATAN dalam sesetengah perkara. Contohnya fokus Presiden pada tahun ini di peringkat PERUBATAN adalah Akademik, Kebajikan dan Kesatuan. Maka pelaksanaan di peringkat Biro sudah tentu akan merangkumi 3 perkara ini.

Manifesto AJKT pula boleh sahaja fokus pada Biro tertentu atau secara umum, disebabkan AJKT sudah semestinya akan bermesyuarat dan boleh sahaja manifesto mereka itu dibangkitkan/dilaksanakan dalam mesyuarat tersebut. Contohnya menubuhkan Koperasi PERUBATAN dalam Biro Ekonomi. Kelebihan manifesto sebegini adalah ahli yang tidak mengenali calon dapat membayangkan calon tersebut di jawatan mana dan memudahkan mereka membuat pilihan.

Kesimpulan

Motto dan Manifesto seringkali bertukar penggunaan mereka, menyebabkan Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN menjadi sedikit tidak efisien, sedangkan tujuan Pencalonan Sukarela adalah supaya mereka sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dan bersedia dengan perubahan yang mereka rasakan perlu dalam PERUBATAN.

Saya berharap agar pihak yang terlibat; Calon dan JPP dapat memahami perkara ini agar kekeliruan yang sama tidak berulang lagi.

Jangan lupa Jualan Borang Pencalonan bermula 1 Disember ini. Jadilah calon yang berwibawa untuk memimpin PERUBATAN, meneruskan legasi kesatuan yang telah dibina selama ini.

Layari laman web JPP2011 untuk maklumat lanjut.

p/s: Atiqah Hanifah promote artikel ini (Manusia Setengah Dewa), tidak tahu kenapa. Cubalah baca :)

IKLAN!
Letih penat berkempen hingga sakit-sakit badan? Gunakan Tiger Balm~ haha

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

2 thoughts on “Manifesto atau Motto?

  1. Hehe I look forward to interviewing those kids. Saya kira, JPP sendiri akan lebih tegas dalam penggunaan Moto dan Manifesto kali ini, betul? Tolak pencalonan orang yang tak reti beza ni haha.

    1. shouldnt expect anything. Iklan dan Promosi dan Penerangan serta Pengarah adalah entiti yang berbeza XD

      artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak menggambarkan pendirian JPP2011 sebab itu ada nota kepada Calon DAN JPP dekat bawah. (lihat Pemilihan Tanta)

Komen di sini, bukan di tempat lain