Bina Ummah Dari Bawah

Bila tiada modal nak menulis maka kerja kita adalah membebel tentang benda di sekeliling seterusnya mempromosikan mereka :)

Biasa kita dengar kalau nak bina bangunan kita kena mula dari tapak. Tapak yang kukuh boleh menanggung bangunan yang lebih besar. Sama juga kalau nak bina ummah kena mula dari benda-benda yang kecil terlebih dahulu; diri sendiri kemudian keluarga, kemudian jiran tetangga dan seterusnya.

Selalu kalau berbicara tentang keluarga, topik perkahwinan, dengan keberadaan di Mesir mesti takkan lari dari istilah Unit Bait Muslim (UBM). Selalu juga Unit Bait Muslim ini dikenali dengan nama ‘match-maker’.

Kalau bicara soal perkahwinan dengan mak, mesti mak jadi agresif. Kemudian mulalah keluar bebelan nasihat orang tua. “Belajar dulu. Jangan nak menggatal. Tiap tahun mengulang ada hati nak mengorat anak dara orang. Kenduri nanti nak pakai duit siapa? Mak takde duit nak sponsor. Dah kahwin nanti nak tinggal di mana? Rumah ni bilik pun kongsi 4 orang. Blablabla…”

Padahal saya cuma sebut, “Kawan along hari itu kahwin dengan kawan satu batch.” =.=
Ini adalah balasan sekiranya anda tidak meluangkan masa dengan ibu bapa anda sebanyak-banyaknya sewaktu kecil.

Sekolah rendah pergi sekolah, balik sekolah terus keluar lepak rumah kawan sampai maghrib. Naik sekolah menengah duduk asrama, 3 bulan sekali baru balik, itupun hanya 2 hari. Naik universiti melarikan diri sejauh-jauhnya ke luar negara, balik 2 tahun sekali, itupun cuma sebulan. Maka mak anda akan menjadi tidak puas melempang melihat wajah anda dan tidak akan sekali-kali melepaskan anda ke tangan perempuan lain.

Susah juga kalau biological Bait Muslim tak cooperative, haha.

Antara konsep yang disalah erti manusia tentang Bait Muslim adalah menganggap UBM ini hanya sebagai ‘match-maker’ semata-mata. Nak kahwin baru jumpa UBM. Sama juga seperti menganggap kaunseling hanya untuk pelajar bermasalah semata-mata. Ada masalah disiplin peribadi baru jumpa cikgu kaunseling. Padahal fungsi mereka adalah lebih daripada itu. Saya dulu kadang-kadang pergi ke bilik Kaunseling untuk khidmat nasihat dalam membuat pilihan.

Kalau diringkaskan fungsi Bait Muslim sebagai sebuah institusi untuk membantu membina sebuah keluarga Islam yang bahagia, maka sebelum berkahwin UBM ada fungsi, semasa menjalani hidup rumahtangga pun UBM ada fungsi, dah bercerai juga UBM masih ada fungsi.

Sebelum mencari calon kena bina sahsiah dalam hubungan lelaki-perempuan, dalam mencari calon pun ada adab-adabnya, bila ‘dating’ dengan calon pun ada peraturan mengikut Islam. Sudah berkahwin pun masih perlu berusaha membina keluarga Islam; mendapatkan nasihat untuk kekal cinta walau berjarak jauh, mendapat petua menjaga hati suami dan isteri, menerima kaedah kekal rasional bila suami ingin kahwin lain dll. Juga, kalau tiada institusi untuk mewujudkan biah solehah dalam masyarakat, maka bagaimana masyarakat akan menyedari dan memahami kepentingan semua ini?

Maka jangan disempitkan fungsi UBM hanya untuk mereka yang sudah bersedia untuk berkahwin dan ingin mencari calon sahaja. Saya yang malas nak berkahwin pun masih perlu untuk dibimbing oleh UBM supaya bila mak dah muak dengan muka saya nanti dah bersedia nanti tidaklah terkial-kial baru nak belajar memikat anak orang :P

Akhir sekali, berbalik kepada matlamat asal post ini untuk mempromosi program; jemput ke Hari Terbuka Unit Bait Muslim pada 16 Disember ini, insyaALLAH akan ditemani juga oleh Jawatankuasa khas untuk Pemilihan jawatankuasa PERUBATAN (JPP) 2011. Bina keluarga sekaligus bina masyarakat, dua-dua ada pada hari tersebut.

Dulu UBM PERUBATAN seperti ada tidak ada, hinggakan orang bertanya, “PERUBATAN ada UBM kah?”, selepas ini harap-harap lebih aktif supaya lebih memberi kesan kepada masyarakat.

p/s: Tapi kan, kalau ada nama PERUBATAN dekat belakang, agak-agak UBM ni sedia khidmat nasihat Family Planning dan HIV STD Protection tak agak-agak? :P

p/s2: Lepas pergi program UBM ni rasa nak telefon rumah cerita ceriti nak bagi mak irritated, muahaha *evil*

IKLAN!
Kempen memandu dengan berhati-hati supaya orang-orang yang disayangi tidak menangis teresak-esak. Cubalah klik.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain