Pasca Pemilihan

Analisis ini secara santai dan mungkin menggunakan bahasa gurauan kasar yang seharusnya tidak dipandang serius oleh mana-mana pihak.

Saya sebenarnya kehilangan mood untuk menulis walaupun banyak idea hadir dalam fikiran. Ini disebabkan tiap kali saya menulis, baru 5 patah perkataan komputer dah hanged. Kemudian terpaksa menunggu 5 minit baru boleh menyambung semula ayat yang belum lengkap.


Penghujung tahun 2011 disambut dengan pengumuman keputusan Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN 2012/2013 yang menyaksikan kerusi Presiden dimenangi oleh Wan Ahmad Hafizi manakala kerusi Timbalan Presiden II dimenangi oleh ‘Aisyah Zahirah. Selaku seorang fangirl Dahlia sudah tentu saya merasa kecewa, haha =P


Berdasarkan statistik yang dikeluarkan, dapatlah kita rumuskan bahawa:

1. Tewasnya Tuan Guru Hazwan Rusli membuktikan bahawa masyarakat tidak mahukan kepimpinan ulama’. Idea kepimpinan ulama’ di peringkat tertinggi hanya satu angan-angan yang tidak praktikal. Mereka hanya layak berceramah dan menasihati pemerintah.

2. Aisyah Zahirah memperoleh 1000+ undi daripada ikhwah dan akhawat manakala Siti Khadijah memperoleh 800+ undi walaupun hanya daripada pihak akhawat sahaja. Bermakna Khadijah adalah pencabar terkuat Aisyah dan saya nasihatkan agar beliau dihapuskan suaranya untuk memastikan kerusi Timbalan Presiden II tidak tergugat. Namun begitu, suka untuk saya motivasikan Siti Khadijah untuk bertanding pada tahun hadapan, merebut kerusi Timb Presiden II sesi 2013/2014 kerana pengaruh beliau mampu mencapai segenap lapisan ahli.

3. Nampaknya trend ‘calon Tahun Dua akan tewas’ diteruskan lagi pada tahun ini. Ini mungkin disebabkan oleh masyarakat masih belum begitu mengenali anda lantas tidak cintakan anda. Maka nasihat saya, jadikan pengalaman bertanding pada tahun ini sebagai satu pengajaran bahawa anda masih perlu memperbaiki diri dan membina keyakinan orang lain. Mungkin juga anda sebenarnya syok sendiri dalam kelompok Tahun Dua lantas gagal mempengaruhi senior-senior anda. Ini bukan pilihanraya Tahun Dua atau Kaherah. Ini pilihanraya Mesir.

4. Crude Vote Rate di Kaherah pada tahun ini menurun kepada 52.5% berbanding 60.1% pada tahun lepas. Manakala Vote Mortality Rate meningkat kepada 3.8% berbanding 2.2% tahun lepas. 2 indikator ini perlu dikaji dengan sebaiknya agar PERUBATAN Development Goal dapat diteruskan dengan jayanya.

Selesai 4 perkara.



Saya sukakan Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN dan menganggap ia sebagai satu bentuk pilihanraya yang ideal:

1. Tiada kepentingan parti.
Maka ahli memilih berdasarkan kapasiti individu tidak kiralah samada populariti atau kemampuan. Bermakna semua calon harus sedar bahawa ahli memilih anda kerana yang bertanding itu adalah anda. Bukan parti BAS atau AMNO. Bukan Barisan Kebangsaan atau Pakatan Ahli. Maka, tunaikan tanggungjawab anda dengan sebaiknya.

2. Tiada permainan kotor.
Mempromosikan kebaikan diri berbanding memburukkan pihak lawan. Semua manusia dalam dunia ini tidak sempurna. Namun begitu masing-masing ada niche dan kemampuan diri masing-masing yang lebih daripada orang lain. Maka terpulang kepada anda untuk menonjolkan kelebihan itu.


Ramai menganggap kalau yang bertanding adalah calon yang hebat-hebat, layak menjadi pemimpin, alim ulama’, bijak, adil dan amanah, maka kenapa masih perlu kita bertanding?

Pertandingan dalam Islam, apabila di antara 2 calon yang sama-sama adil layak dan amanah adalah untuk menentukan siapakah yang lebih digemari oleh masyarakat. Tidak berguna semua kelebihan yang ada kalau anda gagal mempengaruhi masyarakat. Kedua, ia adalah untuk memastikan bahawa yang bertanding semuanya mematuhi ciri-ciri Islam. Kalaulah kita tidak bertanding dan tempat itu diambil alih oleh orang zalim dan menang, salah kita kerana membuka peluang kepada pihak yang zalim.

Ada juga suara-suara mengutuk pihak-pihak yang seolah mengatakan bahawa calon yang menang adalah kerana populariti, bukan capability. Saya ingin sebut di sini bahawa sememangnya sistem pengundian akan dipengaruhi oleh populariti. Mendapat undi tidak bererti kita lebih hebat daripada pihak lawan, dan tidak diundi tidak bermakna kita tidak sehebat pihak lawan. Maka, fikirlah positif dan usaha lagi supaya lebih ramai ahli yakin dengan anda. Buktikan mereka sedikit silap dan anda sememangnya layak berada di posisi tersebut.

Undi adalah keyakinan ahli. Kalah atau menang, semua calon yang bertanding mendapat keyakinan tersebut. Maka yang menang harus memikul tanggungjawab dengan amanah, manakala yang kalah janganlah berkecil hati.


Terakhir, malu gila dengan pakcik Ash yang datang menaiki bas henti-henti selama 3 jam dari kampung semata-mata untuk mengundi, sedangkan kita yang mempunyai Mercedes tidur lena tidak menunaikan hak Calon. Juga super senior tahap tertinggi yang turun mengundi, anda telah membuatkan kami petugas JPP2011 sedikit emosi, menangis-nangis kerana kami masih tidak mampu sayangkan BERUBATAN seperti anda.

Ini bukan post nasihat yang berfaedah. Jangan LIKE.

“3 methods to learn wisdom: 1 reflection, which is noblest; 2 imitation, which is easiest; & 3 experience, which is the bitterest.”
-Confucius (source: AkuDarahAnakMalaysia)

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain