Ketika sedang membelek laman web bERUBATAN, terlihat ini:
search-for-laporan
Salah satu sebab kenapa perlu menulis dengan FORMAT yang betul. Terutamanya berita dan laporan. Tajuk, isi, nama dsb kena tepat supaya PERUBATAN tak dimalukan sekali lagi.Agenda profesionalisme, ingat?

“… di samping memperlihatkan PERUBATAN sebagai sebuah persatuan yang mementingkan kualiti dan mencapai piawaian tertentu dalam semua aspek pengurusan dan gerak kerja.” (Ucapan Dasar Prsiden bERUBATAN 2013/2014)

agenda-profesionalisme


BERITA

Biasanya fokus pada sebahagian kecil daripada peristiwa.

Tajuk: Mesti fokus pada isu yang ingin dibawa. Kadang-kadang dalam satu peristiwa ada banyak tajuk/isu.

Isi: Cerita hanya berkaitan isu, tak meleret-leret hingga terkeluar dari tajuk asal. Mulakan dengan nama tempat dan tarikh (Sayeda, 35 Januari – …)

Boleh muat turun file ini untuk lebih jelas:
[wpdm_file id=9]


LAPORAN

Cerita tentang keseluruhan peristiwa.

Tajuk: Mulakan dengan “Laporan… sekian-sekian”

Isi: Ikut kronologi peristiwa, akhiri dengan “Disediakan oleh” dan tarikh.


Maka kalau nak cerita Presiden janji kenaikan elaun dalam Majlis Bersama JPA, guna format berita.

Kalau nak cerita keseluruhan Majlis Bersama JPA, guna format laporan.

Boleh dah tengok balik buku Contoh Karangan SPM yang guna dulu-dulu :D