Double Celebration

Checking Result Tahun Lima
Petang 7 Ogos.

Tiba-tiba selepas keputusan Tahun Empat diumumkan, menerima berita keputusan Tahun Lima.

Menakjubkan. Lulus Paediatrics, walaupun bakal mengambil semula kertas Obstetrics & Gynaecology pada 24 Ogos ini.

Perempuan memang makhluk yang sukar difahami. Ada dua minggu untuk – paling kurang – hafal separuh tentang mereka.


Malam Gema Takbir
Malam Gema Takbir di Markas Abu Risy.

Muka-muka mereka yang bermalam raya di Mesir. Siap ada hashtag #sektokgogek di Facebook.


Variasi Butang Baju melayu
Subuh 8 Ogos.

Aktiviti wajib setiap pagi raya – mencari butang baju melayu. Menggeledah kekotak yang menyimpan khazanah waktu pindah rumah dahulu.

Inilah hasilnya – sumbangan ahli beyt lama. Baru dikatakan jauh di mata dekat di hati, amalan bermanfaat tak putus setelah mati.


Ahli Beyt Baru
Gambar bersama family pada hari raya terlalu mainstream.

Nah gambar pagi raya bersama Cik Ted dan Choco. Babhi tenggelam entah ke mana. Baju melayu kuning tahun bila entah.

Comel kan kami?


Salam perantauan jalur lebar Aidilfitri
Daripada kita yang masih di sini
Menanti bidadari mencuri hati *muntah*

Maaf jasad dan jiwa.

Khutbah raya tadi berkali-kali tanya “Hal tuhibbuunaLLAH?” (Adakah kamu cintakan ALLAH?)
Boleh cuba tanya diri sendiri malam ini berkali-kali sebelum tidur.

Siapa nak duit raya boleh buat muka tak malu komen kat bawah sana. Nanti masuk buku tiga lima.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

2 thoughts on “Double Celebration

Leave a Reply to Hafiz AdamCancel reply