Baiki Kipas Tengah Malam

Pukul 2 pagi. Tengah malam itu dingin tak seperti malam-malam sebelumnya, panas dengan kemasukan bertubi-tubi pesakit ke wad walaupun cuma demam biasa.

Pesakit-pesakit wad perubatan lelaki tidur nyenyak diulit mimpi. Jururawat yang bertugas turut sama menahan kantuk sambil menulis laporan tugas dalam nota kes.

“Prang!!!” Tiba-tiba sahaja kesunyian malam itu dipecahkan bunyi dari katil 5739.

Pesakit sudah terjaga sambil mencari apa yang mengganggu tidurnya. Isteri yang tidur di kerusi malas turut sama bangkit sambil melatah perkataan yang tidak difahami manusia Semenanjung.

Jururawat bergegas menuju ke katil 5739. Langsir yang melindungi katil itu diselak. Pesakit lain turut sama terjaga mengintai-intai apa yang berlaku.

Kelihatan seorang lelaki tunduk mencari sesuatu di bawah katil.

“Apa dah jadi Hafiz?”

“Saya nak pasang lampu, terlanggar kipas yang dilindungi langsir.” Dia sengih buat muka minta penampar. Tangan kanannya memegang badan kipas yang sudah terlerai dari kaki. Penutupnya pula entah di mana.

Menyedari situasi yang berlaku, semua di situ menahan ketawa. Kalau tak membantu kehidupan, jangan sesekali menyusahkan orang lain.

“Esok kamu beli kipas baru untuk pakcik ini. Mereka bukan orang kaya beli kipas pakai buang.”

Tengah malam itu jadi saksi 10 tahun belajar perubatan tidak berguna jika tidak tahu baiki kipas guna micropore dan elastoplast.

Telah disiarkan melalui Facebook

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain