Membazir Masa Pergi Kelas

Hari ini pergi kuliah seperti biasa di Cairo Universiti School of Medical Sciences (CUSMS).

Kelas Cardio (Special) bincang tentang general examination, semua sign & symptoms untuk bahagian badan yang kita periksa. Seperti biasa juga cikgu mengajar dalam Bahasa Arab.

Sejurus selepas kelas selesai, terdengar bunyi “Hmm tak fahamlah cikgu cakap Bahasa Arab. Membazir datang kelas, baik study di rumah.”

Saya pun tak pandai Bahasa Arab. Cikgu mengajar saya tak pernah faham 100%. Kalau cikgu tanya saya mungkin jawab faham 50%, tapi sebenarnya 25% belum tentu.

Tapi ayat tersebut sedikit sebanyak membuatkan saya terdiam.

Super senior kepada kami GEN6, labanatomi (nama samaran) pernah cakap, setahun tak faham kuliah adalah perkara biasa. Tapi yang tak faham kuliah itulah sekarang ini legenda di hospital-hospital Malaysia. Buku teks anatomi bergerak, Kumar & Clark Melayu.

Moga-moga yang faham kuliah zaman MoU kuliah bahasa Inggeris boleh jadi lebih hebat daripada mereka.
labanatomi-gen6-manja


Tahun lepas saya pernah pergi satu kelas bersama seorang sahabat. Tapi bukan kelas agama atau akademik, memang takkan pergi.

Pulang dari kelas tersebut, sahabat saya kata dia tak dapat apa-apa yang baru atau istimewa daripada kelas tersebut. Semuanya benda yang biasa dengar.

“Agak sia-sia juga pergi kelas ni.”

Waktu itu pun saya terdiam tak boleh nak cakap apa-apa sebab saya faham kita pergi belajar mesti inginkan sesuatu yang baru. Barulah pelaburan masa, tenaga dan wang ringgit itu berbaloi.


Hari itu telefon rumah, rindu nak dengar suara mak setelah setahun tak telefon. Saya di Mesir tiada cerita yang seronok maka selalunya saya dengar beliau membebel dan mengadu. Biasalah perempuan.

Mak cakap adik sambung ijazah, tapi bidang yang berlainan waktu dia ambil diploma. Diploma Electrical Engineering, tapi sambung Chemical Engineering (atau sesuatu seperti itu). Mungkin beliau salah faham. Saya pun belum rajin nak telefon adik saya tanya cerita beliau. Tak tahu sangat perihal course pembelajaran yang berlambak ditawarkan universiti, sampai sekarang pun saya masih tak tahu detail apa itu MBBCh dan apa boleh buat dengan ijazah tersebut selain bergelar doktor.

Yang penting mak cakap, “Membazir 3 tahun ambil diploma tapi tak sambung ijazah bidang yang sama.”

Saya malas nak argue sebab perempuan bila membebel kita kena dengar. Tak perlu nak lawan sebab isu dia selalunya bukan besar pun. Haha.


Baru-baru ini waktu isu transfer credit ke Malaysia pun sama, ada concern tentang “tambah tahun pengajian”. Tahun 5 di Mesir, kalau menerima tawaran kerajaan untuk sambung di Malaysia, berkemungkinan akan jadi Tahun 3 di Malaysia. Maknanya nanti belajar perubatan bertambah setahun.

Ramai orang kata membazir tambah tahun. Salah satu Kontra kalau transfer credit ke Malaysia.

Tapi kalau untuk melengkapkan silibus, apa salahnya kan?
transfer-malaysia-pro-con


Sepanjang di Mesir juga, kelas agama yang saya pergi cuma kelas yang bERUBATAN buat. Itu pun kelas KAFA (Kemahiran Asas Fardu Ain). Belajar niat puasa, rukun solat, syarat solat jemaah. Ulang-ulang benda yang sama selama 7 tahun. Sebabnya saya malas nak pergi kelas agama yang lain. Memang bukan taste.

Rasa macam buang masa kan? 3 jam setiap minggu dengar benda yang sama tiap-tiap tahun.

Tapi sebenarnya, tiap kali pergi pasti ada benda yang rasa baru tahu. Mungkin sebab lupa. Samada saya lupa, atau ustat dulu-dulu lupa nak bagitahu.


Saya tak tahu kenapa saya terasa kalau orang kata membazir dan sia-sia bila belajar. Mungkin sebab saya bakal 8 tahun belajar perubatan di Mesir. Lebih tepat 9 tahun. Kawan-kawan sekolah menengah saya belajar cuma 5 tahun, sekarang dah bekerja, gaji RM10k, ada rumah – kereta – motosikal sendiri, sekarang hanya menunggu masa untuk bergelar suami/isteri/ibu/ayah.

Disebabkan saya salah seorang antara mereka yang suka membazir masa belajar lama-lama, maka biasalah perasaan denial akan wujud untuk menyedapkan hati. Haha.

Bagi saya pergi belajar tak pernah membazir, tak pernah sia-sia. Asalkan korang tak bazirkan, tak sia-siakan pembelajaran tersebut. Cuba untuk fokus dan dengar apa yang cikgu cakap.
DSC02863
Bak kata pepatah, tidur di bawah sayap malaikat lebih baik daripada tidur di bawah bumbung rumah.

Maka azam final year ini adalah tidur di bawah sayap malaikat sebanyak yang mungkin. Lebih nyaman.

Motif post ini? Entah. Jiwa perempuan rasa nak membebel.

IKLAN!
Ingin menyumbang sesuatu kepada masyarakat perubatan di Mesir? Cuba klik sini – Projek Tabung mediaPERUBATAN.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain