Kuaci Warna Hitam

Tahu kuaci tak? Makanan yang dibuat daripada biji bunga matahari.

Mesir panggil lib. Yang warna hitam namanya lib suuri tapi sebab tak pandai Bahasa Arab kita biasanya sebut lib iswid.
DSC03188
Beli kuaci LE2 kemudian makan sambil jalan kaki.

Kulitnya kita campak ke tanah terus hilang entah ke mana. Sebab saiz dia kecil, maka tak kisah kalau buang merata-rata. Nanti jatuh ke tanah, berhujan panas, akhirnya reput juga jadi debu.

Tapi kalau beli kuaci LE2 kemudian makan di rumah, kulitnya kita kumpul masuk plastik. Bila penuh, rasa sungguh sampah kulit-kulit kuaci tersebut.
DSC03186
Kagum tak?

Kuaci LE2 yang kita kumpul itu sama sahaja bilangannya dengan kuaci yang kita campak di jalanan. Tapi kenapa bila kumpul baru rasa sampah?

Mengagumkan kan?

Saya tak kisah kalau anda tak kagum, tapi saya seharian merasa takjub dengan fenomena ini. Kagum sangat.

damn! dah lama cari Samsung Galaxy Note pink nih, ada nak belanja tak? #mynote3

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

3 thoughts on “Kuaci Warna Hitam

    1. falsafah atau tidak, yang itu biar korang yang tentukan. ni cuma catatan rasa kagum dengan kuaci.

      tak rasa kagum ke kuaci kecik-kecik begitu bila kumpul banyak-banyak jadi sampah yang menyakitkan mata?

  1. dosa kecik bila dikumpul2, buruk jadiknya.

    kalau tak pasan, buang2 gitu je. memang ar xnampak.

    eh.

    p/s: kalau belajar Arab takat F5, kaka sebut lib aswad.

    kekekeke

Komen di sini, bukan di tempat lain