Faedah Nikah

Pengajian kitab Adab Nikah hari itu ada sebut lima faedah bernikah seperti yang dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin. Terjemahan rambang (kerana saya tidak pandai menterjemah secara tepat):

  1. Anak
  2. Mematahkan syahwat
  3. Pengurusan kediaman
  4. Menambah keluarga
  5. Mujahadah diri

Tapi sebenarnya, ia bukan semudah berkata-kata, “Inilah faedah bernikah”.
fawaid-nikah
Sebagai contoh, faedah anak. Dapat mendoakan kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia. Namun untuk sampai ke peringkat anak soleh yang sentiasa ingatkan orang tua mereka adalah hasil proses pendidikan oleh ibu bapa sendiri sepanjang mereka hidup. Inilah cabarannya – mendidik anak menjadi soleh solehah.

Begitu juga faedah dari segi menguruskan kediaman. Orang cakap ada perempuan segalanya jadi mudah kerana wujud multi-tasking superhuman dalam rumah yang bakal mengemas, memasak, menyapu, membasuh dan menghias kediaman dengan lebih sempurna. Ada orang lelaki pula dapat menjaga keselamatan perempuan dan membantu buat kerja-kerja berat di samping membaiki apa sahaja yang rosak. Tapi cuba bayangkan kalau dua-dua jenis malas mengurus diri, apatah lagi orang lain. Inilah cabarannya.

Hakikat sebenarnya, bernikah tidak mengubah apa-apa selain menambah sebiji bantal golek yang kuat makan. Kamu tetap diri kamu, dia tetap diri dia.

Simulasi paling mudah adalah keluarga anda sendiri. Bagaimana rupa keluarga anda, begitulah rupa sebenar realiti perkahwinan. Anak-anak berkejaran buat bising, baju seluar melayang sana-sini, almari berhabuk satu inci, lantai melekit-lekit, sampah sarap tak dibuang, pinggan mangkuk berterabur dalam sinki.

Kata kuncinya – jangan expect apa-apa daripada pasangan on the spot. Faedah-faedah yang Imam Ghazali sebut adalah untuk diusahakan bersama, bukan datang bergolek terbang melayang sejurus selesai akad nikah. Bahkan inilah Key Performance Index yang mesti kita cuba sempurnakan dalam perkahwinan.

Bak kata nasihat seorang bapa, kalau tak tersedia menghadapi cabaran-cabaran tersebut, kekal sahaja lone ranger seperti sekarang. Banyak lagi kerja berfaedah lain yang boleh dibuat selain berfikir tentang perempuan.

p/s: kenapa tiba-tiba cerita bait muslim? serius ini bukan hint :P

IKLAN
Galaxy Note 3 – made for matchmaking.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

1 thought on “Faedah Nikah

Komen di sini, bukan di tempat lain