Secara ringkasnya Domain Name System (DNS) merupakan sistem kaunter pertanyaan. Setiap kali kita taip URL, DNS Server akan buat carian di mana letak rumah yang anda cari dan beri jawapan. Akhirnya kita dapat buka laman web tersebut.

DNS Server biasanya sudah disediakan sebaik sahaja sahaja anda mendaftar internet, namun begitu anda boleh guna server yang lain seperti OpenDNS dan GoogleDNS.
open-dns
Saya menggunakan OpenDNS disebabkan fungsi CacheCheck mereka yang membantu mendapatkan laman web yang saya baru daftarkan. Setiap kali kita daftarkan subdomain baru, ada gap masa untuk ia muncul kerana DNS Server hanya refresh pada masa tertentu. Ini dinamakan Time-to-Live (TTL). OpenDNS membolehkan kita refresh lebih awal dan saya boleh periksa subdomain tersebut lebih cepat.

GoogleDNS mempunyai fungsi yang sama (Flush Cache) tapi ada fungsi lain yang OpenDNS boleh lakukan, lebih kepada pengguna laman web biasa.

PARENTAL CONTROL

Ibu bapa bertanggungjawab memastikan keselamatan anak-anak mereka daripada anasir luar yang tidak sihat. Dalam jaringan laman maya yang tidak terbatas, serta kekangan waktu untuk memantau pergerakan mereka, apa lagi yang perlu dibuat supaya tidak terlepas pandang?

Parental Control merupakah salah satu jawapan. Namun tak banyak yang menawarkan fungsi ini, dan kalau ada ianya berbayar. Tawaran lain selalunya penuh dengan iklan dan merupakan malware.
opendns-internet-security
OpenDNS mempunyai pilihan Personal Internet Security yang membolehkan anda mengawal laman web yang dapat dilayari oleh keluarga anda. Sekiranya terdapat laman web berbahaya yang tidak sengaja (mahupun sengaja) dibuka, OpenDNS akan menghalang laman web tersebut daripada dilayari.
blocked-porn

CARA SETUP ROUTER

Cara terbaik sudah tentulah dengan setting router di rumah untuk menggunakan OpenDNS. Semua peralatan yang menggunakan internet dari router tersebut akan ditapis tanpa pengecualian.

Disebabkan OpenDNS mempunyai banyak pilihan pakej, paling mudah adalah menggunakan setting OpenDNS Family Shield.

Buka setting router anda (biasanya 192.168.1.1) dan cari setting DNS. Biasanya terdapat dalam pilihan Network.
(OpenDNS mempunyai link bantuan sekiranya anda tidak biasa dengan setting router)
router-settings
Kemudian gunakan IP berikut:

208.67.222.123
208.67.220.123

Periksa dengan membuka laman Test Your Setting. Sekiranya dilakukan dengan betul, anda akan dapat paparan berikut:
success-config
Sekiranya gagal walaupun telah disetting dengan betul, ini mungkin disebabkan faktor lain seperti cache. Cuba lagi pada lain masa, atau terus periksa menggunakan Command Prompt:
1. Buka Start dan taip cmd.exe
2. Taip ipconfig/all dan tekan Enter
3. Periksa DNS Server
cmd-opendns

PILIHAN LAIN

Anda juga boleh memilih untuk mendaftar akaun OpenDNS untuk mendapat lebih pilihan setting:
opendns-setting
(sungguh bahagia apabila musim peperiksaan, kita block laman web yang membuang masa hahahaha)


Suka saya ingatkan juga bahawa ini cuma salah satu usaha yang tidak sempurna. Mungkin ada laman web yang terlepas daripada pemantauan OpenDNS.

Cara terbaik sudah tentulah dengan mendidik anak-anak supaya mereka dapat membezakan baik dan buruk apabila berdepan dengan realiti kehidupan di luar nanti.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

LIKE FANPAGEAkuDarahAnakMalaysia
Sekiranya tidak menyebarkan artikel ini dalam masa 24 jam akan ditimpa nasib buruk dan mengalami kecelakaan yang mengundang maut kah3