Tag archives for filem

Lama blog ini tidak di-update. Tapi Twitter dan Facebook elok dikemaskini setiap hari. Maka kita akan penuhkan blog ini dengan rapuan tentang cerita-cerita yang ditonton sepanjang cuti ini hinggalah idea menulis datang kembali.
Kita mulakan dengan filem Nobody to Watch Over Me ini :D
Info Filem: AsianWiki
Watak utama dalam filem ini adalah Koichi Sato (Katsuura) dan Shida Mirai (Saori). Shida Mirai memang actress favourite terutama selepas drama 14 Sai no Haha. Mula-mula kenal dalam drama Queen's Classroom bersama dengan Amami Yuki. Shida ...

Musim nak exam ini nak menghilangkan STRESS kita terpaksa membebel seorang diri dalam blog yang tidak berpenghuni. Kalau membebel dalam facebook banyak komen yang merangsang nafsu untuk Reply. Haha.
Minggu ini baru selesai menonton Ombak Rindu. Sudah lama download tapi tak tertengok sebab sedang demam marathon cerita Cina. Penghujung tontonan saya menangis meraung menghantuk kepala ke dinding kerana filem ini gagal mencapai expectation. Bukan sahaja expectation saya sebagai salah seorang pembaca Novel malah selaku seorang penonton Filem.
Ini menyebabkan saya bertambah yakin ...

Alhamdulillah setelah sebulan akhirnya Video Pengenalan JAKSI selamat diselesaikan. Walaupun penggambaran tamat sebulan yang lalu, tapi baru berkesempatan merajinkan diri untuk menyelesaikan proses editing.
PENGENALAN
Program Sambutan Mahasiswa Baru biasanya mempunyai satu slot untuk JAKSI, dan sebelum ini pengenalan tentang JAKSI didahului dengan tayangan video Hisbah the Movie yang diterbitkan PERUBATAN Cawangan Mansurah kira-kira 2-3 tahun yang lalu (sekitar 2008-2009).
Disebabkan PERUBATAN memiliki jawatankuasa yang dinaiktaraf iaitu Jabatan Keselamatan & Sosial Islam (JAKSI) maka menjadi satu keperluan kepada satu video baru supaya kekal ...

Sempena bulan Oktober yang dinobatkan sebagai Bulan Memperingati P Ramlee, Pesona Pictures menerbitkan sebuah dokumentari yang menceritakan detik kehidupan P Ramlee dalam industri hiburan. Saya berpeluang menonton dokumentari ini dengan pantas setelah kuasa download tiba-tiba melonjak naik kepada 150kbps semalam. XD
P Ramlee sememangnya dikenali sebagai legenda dalam industri hiburan; pelakon, penyanyi, pengarah, penulis skrip dan komposer, beliau merupakan all-around talent yang sukar untuk dicari ganti. Dokumentari ini mendedahkan suka duka, positif negatif tentang P Ramlee dan bagi saya, dokumentari ini ...

Salah satu perkara yang saya akan buat apabila pulang ke rumah setelah sekian lama berada berjauhan adalah meneliti rak buku di ruang tamu. Sejak sekolah menengah lagi, tiap kali pulang dari asrama, saya akan merenung rak buku. Bukan keseluruhan, tapi cuma pada satu sudut; sudut novel milik saya.
Samada terdapat buku yang hilang atau rosak, setiap kali saya pulang, memang akan ada perubahan terhadap novel-novel di ruang tersebut. Kali ini, saya tertarik untuk berkongsi sesuatu.
Rinduku umpama ombak yang tak berhenti,
Kasihmu bagai ...