Penutup Legenda Rurouni Kenshin: The Final

Apa lagi nak cerita tentang filem ini?

  1. Klise filem Jepun; Penjahat muncul nak balas dendam – Gaduh-gaduh – Flashback sikit – Penjahat menyesal – Kenshin menang.
  2. Filem ini dibikin tahun 2018 dengan target tayangan di pawagam. Penuh aksi yang rasanya sayang betul tak tonton dengan skrin besar dan sistem bunyi 7.1 Surround.
  3. Bagi saya masih meneruskan legasi sebagai francais filem live-action genre aksi terbaik pernah lihat. Aksi superhuman yang tak logik tapi nampak logik. Padanlah sebagai francais anime yang di-realkan. Transisi smooth. Nampak dull tapi ada moment-moment mengujakan. Sedap cukup rasa.

Kembali selepas 7 tahun, The Final adalah salah satu daripada filem terakhir daripada francais Rurouni Kenshin, penutup kepada perjalanan hidup Kenshin, dan appetizer kepada The Beginning.

Cerita tentang Enishi, adik kepada Tomoe isteri pertama Kenshin yang nak balas dendam kerana Kenshin jadi penyebab kakak dia mati. Tapi hujung-hujung boleh nampak Enishi ni tak lebih cuma tantrum budak-budak nak lepas geram sahajalah.

Dua lelaki yang tak boleh nak bunuh sama sendiri. Seorang merupakan adik kepada isteri tercinta. Seorang lagi suami kepada kakak tercinta.

The Final lebih kepada peleraian kepada semua konflik dalaman Kenshin dalam filem-filem sebelum ini. Episod pembuka kepada hidup Kenshin seterusnya dengan Kaoru. Watak villain sekadar untuk lawan-lawan, tak ada huraian atau perkembangan watak. Kosong, tapi dimasukkan sebagai simbolik peralihan era Jepun.

Hopefully filem ini bukan kali terakhir boleh tengok Takei Emi. Tahun 2017 kontroversi sebab beliau kahwin dan mengandung padahal dalam kontrak modelling dan lakonan dah bagitau tak boleh. Produksi filem ini tertangguh ke 2018 lepas beliau beranak dan setel semua bayaran denda langgar kontrak. Masih cantik lepas dapat anak pempuan. Tapi sampai sekarang tak ada berita pasal filem atau drama baru. Sobs.

Hujung filem menggamit memori dan nostalgia. Cameo beberapa watak yang ingatkan takkan muncul dah tapi muncul balik sebagai ally Kenshin. Pengakhiran dia mata berkaca la sekejap, bila Kenshin cakap Sayonara.

Kemudian pimpin tangan Kaoru balik rumah.

Puas hati. 8/10 markah. Tapi mungkin bukan untuk semua orang.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain