Perlu Bangkit Sekali Lagi

Keputusan peperiksaan Tahun Tiga, Universiti Kaherah telah diumumkan di website rasmi.

Ah, masih lagi gagal menyental badi Dur Tani1. Sungguh hebat, kesemua 4 subjek gagal. Lebih hebat lagi, subjek yang mudah langsung tidak dapat ditangani dengan baik. Dingin malam itu, dirasakan sangat dingin. Rupanya membawa berita, buku teks perlu dihadap kembali.

Saya sudah menyangka keputusan bakal ke Dur Tani, tetapi langsung tidak menyangka saya akan membawa kesemua 4 subjek. Benarlah, harapan itu sungguh menyeksakan jika ianya berkecai.

Bak kata Amir Mukhlis2:

Jangan terbang tinggi, kalau jatuh akan cedera parah.

Ah, tidak tinggi mana kalau sekadar bermimpi lulus 2 subjek. Mungkin disebabkan itu, kesedihan hanya sementara. Tapi, sungguh indah tatkala merasakan bakal lulus 2 subjek. Setiap kali pulang dari dewan peperiksaan, sentiasa ceria untuk menghadapi subjek seterusnya.

Mungkin, sekali lagi perlu bermimpi cemerlang untuk menghadapi peperiksaan September ini.

Sudah banyak peperiksaan yang saya hadapi, debaran itu seolah-olah sudah hilang. Seolah-olah satu lagi rutin yang perlu dihadapi. Seolah-olah Final yang sebenar baru sahaja bermula.

Ya Allah, berikan kami kekuatan. Kami ingin naik ke Tahun Empat. Engkau rebahkan kami, dan kami perlu bangkit sekali lagi. Maka, sambutlah huluran tangan kami.

Written Exam:
Pathology 21/8 dan 22/8
Microbiology 25/8
Pharmacology 29/8 dan 30/8
Parasitology 2/9

Oral dan Praktikal:
Pathology 5/9
Microbiology 4/9
Pharmacology 7/9
Parasitology 6/9


Nota:
1 Dur Tani: Peperiksaan September. Peperiksaan ini merupakan peluang terakhir untuk naik ke tahun seterusnya. Sekiranya masih gagal, tahun tersebut akan diulang.
2 Amir Mukhlis: watak dalam novel A. Ubaidillah Alias – Warkah Cinta Berbau Syurga terbitan PTS Publication.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

3 thoughts on “Perlu Bangkit Sekali Lagi

  1. kena terbang tinggi,but at the same time pastikan sayap kuat!
    semoga persediaan lebih mantap untuk exam ogos&sept..tlglah jgn bazirkan lagi taun anda di mesir..focus study+krgkan main(ptt ke nasihat yg ini)
    All the best!
    yg dh balik mesia ni tak dpt nk tlg byk cth jwb soklan past year coz buku seme dh tggl..
    mudah2han sokongan yg diberikan ini menaikkan semangt kamu!!

    p/s:1st time melawat blog ni,alik2 dh tgglkan jejak..sorry menyibuk..tp ini perkara serius,kena komen jgk..

  2. Hafiz, akak tahu kamu boleh buat yang terbaik untuk next exam.. Semangat ye! Jangan putus asa.. Allah sentiasa bersama-sama hafiz.. Akak tahu cabaran & dugaan nak jadi doc memang sukar tapi kepahitan dalam menempuh cabaran pasti ada kemanisannya satu hari nanti.. InsyaAllah=)

Komen di sini, bukan di tempat lain