Ditangkap Basah

Ataupun Inggerisnya: Caught Red-Handed.

Kisah ini mungkin kelakar, mungkin juga menyayat hati, mungkin juga sekadar kisah biasa yang akan membuatkan anda semua berkata, “Baru tahu ke?”

Semalam (6 Oktober) Ehmad Hamdi membuat majlis makan malam di rumahnya. Maka sekitar waktu Maghrib memang saya tidak dapat menghulurkan pertolongan kepada mereka yang memerlukan =P. Bertuahlah mereka yang meminta tolong selepas Isyak; itupun terkejar-kejar menemui Yim yang datang dari Iskandariah untuk meminjam barang.

Saya pulang selepas Isyak, bersama Pemenang. Sewaktu melalui kawasan Imarah 9, beliau terperasan ada missed call daripada seseorang. Maka beliau menelefon semula pemanggil; maklumlah, akhawat.

Pemenang: Ada apa tadi called?

Akhawat: Tadi nak musyrif. Takpelah sekarang dah ada.

Pemenang: OK, bye. Love you.

Maka kami meneruskan perjalanan dengan riang gembira. Saya mengambil peluang bertanyakan tentang akhawat tadi; di mana beliau tinggal. Kalau-kalau kami melalui rumah beliau dan memang kita semua dalam laluan yang sama, apa salahnya.

Jawapan Pemenang; di seberang sana. Iaitu tempat yang akan kami tujui. Maka kemungkinan yang berlaku adalah beliau akan ke tempat kami berada ketika itu kerana seberang sini memang banyak penempatan akhawat.

Tidak disangka-sangka memang betul telahan saya, kami bertemu beliau; seorang diri, dan tanpa musyrif di jambatan yang menghubungkan seberang sana dan seberang sini.

Kisah ini berakhir dengan kami berlalu dengan bodohnya sambil gelak berulang kali.
Pasangan-Suami-Isteri


Pengajaran kisah saya ialah; Jangan menipu. Kalau dah tertangkap basah, walau apa pun alasan yang kamu berikan, persepsi kami tetap ‘Kamu menipu’.

Kadang-kadang saya faham sebab-sebab berikut menyebabkan kamu tidak inginkan musyrif:
1. Jarak dekat.
2. Tidak ingin menyusahkan orang lain.
3. Banyak kerenah untuk mendapatkan musyrif.
2. Musyrif tak competent; ada pun macam tidak ada.

Tapi, sila jangan menipu. Sebabnya impresi manusia adalah apa yang mereka nampak. Mereka tidak nampak hati kamu. Maka mereka membuat kesimpulan berdasarkan luaran.

Saya dan Pemenang berlalu dengan bodohnya pun kerana faham; Kamu memang tidak inginkan musyrif. Kalau beritahu awal-awal pun memang kami tidak kisah. Mungkin Pemenang sahaja yang kisah kerana dia sayangkan kamu. XD

Saya pula tetap bersangka baik. Samada:
1. Musyrif beliau mati di pertengahan jalan.
2. Musyrif beliau gagal memunculkan diri di saat akhir.
3. Etika musyrif melarang seorang musyrif + seorang perempuan maka tidak perlu menggunakan musyrif dalam situasi ini.

p/s: Mereka yang menerima saya sebagai teman dua tiga menjak kebelakangan ini; Maaf, saya memang tidak competent sepertimana musyrif bertauliah Biro Pembangunan Insan.

IKLAN!
Making a decision while shopping alone is hard… with the mCompass iPhone App, you can ask your friends about their opinion even if they’re not shopping with you.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

11 thoughts on “Ditangkap Basah

  1. mungkin dia dah janji dengan kawan2 dia yang lain dan mushrif di satu tempat yang lain?

  2. takyah la sampai buat post weyh.
    sian budak tu.
    dah pemenang call tak hangkat,
    dia perlu balik secepat mungkin.
    berkali2 didail number pemenang tu.

    remove post weyh.
    simpatilah sket.
    jagalah kethiqahan beliau.
    bersangka baiklah pada beliau.

        1. patut la, ade sifu ajar rupenye. XD

          baca la pengajaran.
          ini bukan entry-kondem-perempuan-tak-pakai-musyrif.
          ini entry-kondem-orang-menipu.

          kami Open OK. kalu perempuan setakat nak pakai musyrif (tunjuk baik depan Presiden bile balik program) pastu hantar setakat Sayeda Zainab then diorang nak balik sengsorang sampai Mounira kami On je. sedikit pun tak terjejas.

          cuma, please be honest. =)

          1. haha, lesson learnt. also analyzed reasons for lying fluently sekarang. thank you boss but i still vouch for kak ayu’s request.

  3. actually tak jadi hal kalau removal request ni buat belakang2 (ke da buat?).. kan ramai dah tahu siapa instead of apa

    ><

      1. entah, saya xtau pape.. tp sbb komen kat atas.. puzzle is solved even without i requesting it.. cmne?

Komen di sini, bukan di tempat lain