Kongsikan… Walau Hanya pada Awan

Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Berdoa adalah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.

(Solusi isu 22)

Maaf, ini bukan entry berkenaan Rooftop Rant =P

Sebelum ini saya menulis tentang pengalaman saya menyertai FEWWIT, namun begitu saya juga sempat menyibukkan diri dalam mesyuarat pre-FEWWIT oleh INSPIRE Club bersama wakil iLuvIslam, sehari sebelum program. Selain keunikan istilah unit dalam Jawatankuasa Program seperti Pub N Pro (Publication and Promotion), Prep N Tech (Preparation and Technical) Ye laa kita guna istilah lain kan, saya turut tertarik dengan cara bacaan doa di akhir mesyuarat.

Law of Attraction

Saya pertama kali menemui konsep Law of Attraction (LoA) ini dalam buku dan kolum motivasi dan saya pasti anda juga demikian. Namun begitu istilah LoA ini saya perolehi daripada Presiden iLuvislam, Mohd Nurul Imran Koyube.

LoA menyebut bahawa luahan dan perkongsian hasrat hati anda akan menarik (attract) perkara tersebut kepada kita.

Buku dan kolum motivasi biasanya akan menyarankan anda menulis hasrat kejayaan di atas kertas dan ditampal merata-riti. Dalam satu kolum motivasi perniagaan, anda disarankan meluahkan hasrat anda untuk memulakan perniagaan kepada orang lain, moga-moga ada orang lain yang ingin turut serta dalam perniagaan anda itu. Tapi, konsep ini tidak terhad kepada sesuatu yang berskala besar dan subjektif sahaja.

Dengan kecanggihan teknologi, anda boleh berkongsi keinginan memiliki iPhone di Wall Facebook dan Twitter dengan mudah. Siapa tahu, iPhone itu bakal menjadi hadiah hari lahir kerana anda mempunyai stalker FB XD.

Memahami Doa Yang Dilafazkan

Begitulah juga dengan doa. Kita menyebut doa secara zahir sebagai motivasi untuk memperolehi apa yang kita inginkan. Maka perkara paling penting dalam berdoa adalah pemahaman dan penghayatan terhadap doa yang diucapkan agar terkesan di hati lalu menjadi penggerak untuk diusahakan dengan perbuatan dan amalan.

Berbalik pada kisah mula-mula tadi, sewaktu usrah di pejabat iLuvIslam, Wann (VP Event Team) turut menyatakan antara keistimewaan Jawatankuasa Pelaksana INSPIRE adalah komitmen mereka dan beliau mengaitkan dengan keunikan doa di akhir mesyuarat.

Keunikan tersebut adalah bagaimana mereka berdoa rabitah dalam Bahasa Melaysia beramai-ramai. Saya tidak rakam, mungkin anda boleh tanya rakan UIAM anda, kot =P. Kefahaman terhadap doa tersebut akan membuahkan hasil yang positif terhadap gerakerja dan komitmen terhadap tugas yang diamanahkan.

Mode kejam: Ini cuma kesimpulan kami sebagai orang luar. Realitinya bacaan doa sedemikian tidak lebih hanya gimik dan kepoyoan manusia bergelar pelajar UIA, tiada siapa yang tahu XD tapi tidak salah bersangka baik dan cuba ikut, mungkin kita boleh jadi manusia yang lebih baik. =)

Jom, kita kongsikan impian kita untuk menguasai dunia! XD


Credit gambar: FB Bro Zulhafidz

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

3 thoughts on “Kongsikan… Walau Hanya pada Awan

  1. Tapi sungguh.. secara peribadi, bacaan doa rabitah (yang saya ‘kenal’ bukan di UIA pun), sangat menyentuh jiwa.. Mungkin benar konsep LoA itu.. dan kongsikan, walau hanya pada awan! ;)

Komen di sini, bukan di tempat lain