Mari Membaca Buku #3


Seperti biasa, pulang ke Malaysia pastilah membeli buku maka Kempen Membaca diteruskan lagi dengan buku-buku baru. Kali ini saya mengabaikan sedikit buku dari PTS dan Alaf21 kerana kekangan wang.

Sinergi – Hilal Asyraf ini merupakan hadiah daripada kak Nisa. Saya sengaja memilih novel mahal supaya beliau tak beli tapi nasiblah, dah rezeki. Istimewanya novel ini ada autograf Rabbani XD Sepatutnya saya pilih album Rabbani, mesti beliau kecewa =P

Novel-novel Imaen saya pilih kerana dicadangkan kak Krim. Menurut Irfan Khairi, 60% promosi adalah melalui ‘mulut’ ataupun recommendation daripada pelanggan. Mungkin ada benarnya.

Maka Perpustakaan Mini Mesir saya bakal memperolehi tambahan apabila pulang nanti, yay!

Pesanan untuk diri sendiri: Habiskan silibus dahulu. Novel cuma sampingan di waktu lapang petang-petang (?) =)

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

4 thoughts on “Mari Membaca Buku #3

  1. Wah! Ada banyak buku JS! :) Semua buku Imaen pun ada! :) Selamat membaca! :) Bidadari Hujan dan Untuk Awak Teja Aulia memang best.. yg lain2 pun sama best.. cuma saya tak sempat lagi baca buku Xarine.. Kalau dah baca banyak buku (tak semestinya novel saja), mungkin berminat join Geng Lomba Baca buat resensi/ulasan buku dan menyahut Cabaran 50 Buku http://ulatbuku-06.blogspot.com/ ~All the best! ;)

    1. ahah kali ni memang fokus JS dulu. harga murah sikit so bleh beli byk sikit berbanding Alaf ngan PTS. kalau rajin nanti join cabaran tu. skrg ni malas gile menulis. tapi kebanyakan kat situ sinopsis je byk. malas nak buat sinopsis takut spoil kesian menghilangkan keterujaan orang nak baca haha.

Komen di sini, bukan di tempat lain