Ini Bebelan Juri

Adakah anda merasakan menjadi juri itu satu pekerjaan yang mudah? Duduk lepak tengok persembahan kemudian bagi markah. Sebenarnya menjadi juri itu sangat sukar. Seseorang juri bakal menentukan hidup mati untung nasib seseorang, dan berada dalam dilema antara fakta, perasaan, kebenaran dan kejujuran.

Juri di mahkamah yang mengetahui kejahatan seseorang terpaksa melepaskan seorang penjenayah kerana tiada bukti kukuh, manakala juri sesebuah pertandingan terpaksa memberi kemenangan kepada peserta yang cikai kerana peserta tersebut mematuhi kriteria dan tidak melakukan kesilapan.

Kali ini, saya beserta 3 orang sahabat yang lain diamanahkan menjadi juri Pertandingan Video Medicophilic Month 2011. Sebagai Ketua Juri, saya merasa agak inferior kerana 3 juri yang lain lebih senior (Tahun 5) dan lebih hebat serta berpengalaman daripada saya. Dengan 9 penyertaan dari seluruh Mesir, pemarkahan dibahagikan kepada dua; juri (70%) dan undian (30%).

Untuk saya berbicara dalam MeM mungkin agak tidak sesuai, jadi saya compile-kan di sini komen daripada para juri berkenaan video para peserta kali ini. Kebanyakan komen adalah sama maka tidak perlu saya perincikan mengikut setiap video, cukup untuk saya terangkan mengikut kriteria yang diberikan.

Jujurnya saya tidak berkenan dengan sesetengah kriteria dan markah yang diperuntukkan untuk kriteria tersebut, namun disebabkan ia telah diumumkan oleh pihak penganjur, saya cuba untuk memasukkan beberapa sub-kriteria ke dalam 4 kriteria berikut:


Content/Message

Kriteria ini mempunyai markah yang terbesar, namun begitu tidak dijelaskan apakah bentuk content dan message yang dikehendaki. Adakah video yang mempunyai 1 nasihat bakal mendapat markah lebih rendah daripada video yang mempunyai 10 nasihat?

Saya cuba untuk memasukkan syarat penyertaan ke dalam kriteria ini iaitu:

Must be based on theme given (Yesterday’s Mood, Today’s Spirit, Tomorrow’s Leader) and relate it with leadership and academic by your own interpretation and creativity.

Bermakna video yang berjaya mengetengahkan tema serta menonjolkan kepimpinan dan akademik dalam video beliau bakal memperolehi markah yang agak tinggi. Saya terlebih dahulu memohon maaf, tapi dalam mana-mana pertandingan, syarat mesti dititik beratkan.

Namun begitu secara kasarnya kebanyakan video gagal mengetengahkan tema, dan hanya menonjolkan salah satu; kepimpinan atau akademik sahaja. Kushairi Zuradi contohnya lebih menekankan aspek akademik, manakala Abdul Rahman Dashuki menerapkan tema dalam bentuk yang tersirat. Sekiranya penonton hanya melihat video mereka tanpa mengetahui tema pertandingan, pasti mereka gagal menangkap tema video secara keseluruhan.

Antara peserta yang agak berjaya menonjolkan tema, kepimpinan serta akademik dalam video mereka adalah Farah Nur Muhammad dan Hayyan Afiq, walaupun masih belum menepati ciri yang kami inginkan.

Namun begitu, ini tidak bermakna kami mengabaikan aspek lain. Mesej serta pesanan berguna yang terdapat dalam sesebuah video mungkin mempengaruhi para juri untuk memberikan markah yang tinggi walaupun tidak mematuhi tema.


Image/Video Quality

Persoalan yang bermain dalam minda saya sewaktu meneliti kriteria ini adalah

  • Adakah video HD lebih tinggi markahnya berbanding video SD? Kalau begitu, Hayyan Afiq, Kushairi Zuradi serta Abdul Rahman Dashuki layak menerima markah yang tinggi berbanding video lain.
  • Adakah video yang menggunakan kamera DSLR mempunyai kelebihan? Kalau begitu Hazwan Salleh pasti gagal kerana beliau cuma menggunakan kamera iPhone.

Dalam kriteria ini saya cuba menggunakan perspektif rasa iaitu video yang jelas dirasai pancaindera dan tidak menyakitkan deria boleh diberikan markah yang tinggi. Bermakna video yang mempunyai banyak huruf seperti Afif Fahim gagal menepati kriteria ini. Begitu juga Hazwan Salleh yang terlalu banyak gangguan bunyi sewaktu temuramah. Namun begitu, Nabila Hanis terlepas kerana beliau pandai menyusun ayat supaya mudah dibaca oleh penonton.


Additional Graphic/BGM

Kriteria ini lebih mudah dikenali dengan nama Hiasan. Kebanyakan peserta agak lemah dalam bahagian ini. Terutamanya dari aspek Sound Effect (SFX) dan Background Music (BGM).

Shahrunizam Hidayat mempamerkan keunggulan beliau dengan efek yang superb, tapi gagal menyerlahkan mood video menerusi BGM. Pujian harus diberikan kepada Kushairi Zuradi kerana menampilkan BGM yang mantap, menyampaikan mesej utama serta selari dengan visual video. Tulisan yang simple juga tidak menjejaskan prestasi video beliau.

Kebanyakan video yang lain menggunakan BGM secara rawak. Seolah-olah peserta hanya Drag lagu dan biarkan ianya play.

Bunyi yang selari dengan visual bakal menambah mood. Sebagai contoh, bunyi bom ketika peralihan teks, ataupun lagu sedih sewaktu situasi gagal peperiksaan akan menyerlahkan visual yang sedang ditayangkan.


Creativity

Markah yang diperuntukkan pihak penganjur kepada kriteria ini agak sedikit, dibandingkan dengan fungsinya.

Kreatif boleh membawa maksud tidak tipikal, tidak membosankan, unpredictable, lain daripada peserta lain, lain daripada kebiasaan, menarik perhatian penonton dsb.

Saya sukakan kriteria ini kerana ia menonjolkan bakat sebenar seorang pembuat video. Abdul Rahman Dashuki dengan stail puisi, Hazwan Salleh dengan stail temuramah, Hayyan Afiq dengan stail perbandingan, Farah Nur Muhammad dengan stail cerita-di-sebalik-kejayaan dan Kushairi Zuradi dengan stail Music Video.

Stail yang biasa juga mempunyai kekreatifan tersendiri. Saya tertarik dengan Najwa Syafiqah yang mengumpulkan hadis dalam kehidupan seharian walaupun sukar dibaca (Video Quality kurang). Begitu juga cara Nabila Hanis menggantikan narration dengan teks walaupun ianya bakal mendatangkan kebosanan.

Kriteria ini lebih daripada sekadar kreativiti konsep. Kreativiti penyampaian maklumat, kreativiti videography dll juga boleh diambil kira.


Overall

Keseluruhannya video yang dihasilkan masih kurang dari segi teknikal.

Farah Nur Muhammad (dan sesetengah video yang lain) mempunyai letterbox, kadang-kadang disertakan dengan pillarbox. Visual yang seragam bakal menampakkan video beliau lebih kemas.

Kushairi Zuradi terlalu banyak bermain dengan focus (disebabkan kamera DSLR?). Saya cadangkan beliau cuba mengehadkan penggunaan focus hanya sebagai transition peralihan antara 2 babak berbeza latar masa/tempat supaya mood sesuatu babak itu kekal.

Temuramah Hazwan Salleh juga lebih elok sekiranya diedit supaya mengurangkan “err..” dan perkara yang boleh menjadikan video tersebut meleret-leret. Penggunaan transition fade-in fade-out juga tidak sesuai digunakan dalam beberapa tempat.

Abdul Rahman Dashuki mungkin boleh cuba menggunakan reflector untuk babak terakhir, supaya wajah pelakon tidak tenggelam dek overexposure cahaya matahari.

Mencampurkan beberapa sumber seperti video dan gambar juga perlu dilakukan dengan baik supaya tidak janggal. Shahrunizam Hidayat mungkin ingin merujuk video ini.

Apapun, kita bukan pelajar jurusan perfileman untuk mempunyai kemahiran dan peralatan yang lengkap, maka sebolehnya saya cuba abaikan aspek teknikal dalam pemarkahan.

Juga terdapat komen juri berkenaan tatabahasa yang perlu diperhalusi serta penggunaan muzik; mereka lebih gemarkan minus one sekiranya lirik tidak berkaitan dengan visual. Juga penggunaan font yang terlalu fancy agak menyukarkan pembacaan.


Trivia: Juri paling kedekut markah adalah Husna Sani, juri paling pemurah adalah Rahim Suhaini. Saya di tengah-tengah :P

Anda semua boleh menonton video mereka di sini: Undian Pertandingan. Disebabkan markah cuma berbeza 2-3 antara satu sama lain, undian ini banyak mempengaruhi keputusan akhir. Tarikh mengundi telah ditutup maka sekiranya bilangan LIKE bertambah sekalipun ianya tidak akan mempengaruhi keputusan pertandingan :P

Tahniah kepada pemenang kerana berjaya mendapatkan hadiah iPod dan iPad. Video anda akan diupload ke channel rasmi mediaPERUBATAN: tvPERUBATAN.

Sekiranya anda mempunyai idea dan video lain, boleh memohon kepada pihak mediaPERUBATAN untuk menumpang channel tersebut kerana ia sememangnya dibina untuk ahli PERUBATAN. Tambahan pula, tvPERUBATAN diberi keistimewaan oleh YouTube tiada had durasi video. Anda boleh menghasilkan filem 1 jam dan menumpang channel tersebut tanpa memotong video anda kepada 4 bahagian. ;)

Moga bertemu lagi dalam pertandingan tahun depan walaupun saya berkemungkinan tidak menjadi juri. Sekiranya anda mempunyai cadangan, persoalan, kritikan, kejian, kutukan atau apa sahaja berkenaan pertandingan video ini, bolehlah kongsikan di ruang komen di bawah.

Anda boleh menggunakan nama samaran, tapi jangan lupa sertakan emel yang betul; mungkin kita boleh berbicara lebih panjang ;)

– UPDATE –

29/04/2011, 10:55PM

Para juri menerima plak penghargaan seperti ini. Pemenang juga menerima hadiah yang sama. Tapi, hadiah hamper lebih mengujakan, kan?
Siapa nak datang jauh2 semata-mata nak dapat sebiji plak? Kalau hamper bernilai LE200 mungkin lain ceritanya :P

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

2 thoughts on “Ini Bebelan Juri

  1. Salam.

    ini memang komen dari juri yang betul2 profesional!

    saya rasa macam dah pemurah sangat dengan markah2 tu, rupanya masih dalam level kedekut. adeh

    anyway, first time jadi juri videos n banyak yang dipelajari. thanx for the opinions!

    1. no worries, name je kedekut tapi beza dengan juri lain cuma 10 camtu je.
      Rahim Suhaini je yang pemurah gila beza 100 hak666

Komen di sini, bukan di tempat lain