Kahwinilah Wanita Yang Subur

Musim exam adalah musim mengawan. Maka di sana sini orang bercerita tentang kahwin. Status Facebook pun jiwang-jiwang. Status Yahoo Messenger rindu-rinduan. Twitter pun mengekspresikan perasaan. Blog pula penuh dengan cerita tentang perkahwinan.

Bercerita tentang kahwin, saya teringat satu hadis:

Dari Anas Ibnu Malik R berkata:

Rasulullah SAW memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Beliau bersabda: “Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat.” (Riwayat Ahmad)

– Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.

Kaitan hadis ini dengan entry ini adalah:

Satu mesyuarat kali pertama telah diadakan. Seperti biasa, kalau namanya mesyuarat kali pertama, akan ada sesi taaruf. Kalau tak kenal, bagaimana ingin bekerjasama dalam tugasan seterusnya?

Menariknya sesi taaruf kali ini, “Perkenalkan nama penuh, nama panggilan, umur, asal, dan bilangan adik-beradik,” pesan Pengerusi mesyuarat.

Kalau nama penuh, memang diperlukan untuk urusan rasmi. Nama panggilan untuk perbualan harian. Umur supaya tahu siapa senior siapa junior. Asal pula kalau Terengganu bolehlah kita bersembang guna loghat. Tiada yang mencurigakan di situ.

Tapi adik-beradik? Sungguh licik dan keji Pengerusi mesyuarat tersebut dalam halus menyuntik jarum merisik.

Lihatlah muka untuk tahu cantik atau tidak, bilangan adik-beradik untuk tahu kesuburan, dan lihat pergaulan dan prestasi dalam tugasan untuk tahu akhlak dan kemahiran beliau.

Kesimpulan:

Libatkanlah diri anda dalam aktiviti persatuan. Ia merupakan institusi Beyt Muslim secara senyap.

IKLAN!
Berbulan madu di Hong Kong bersama Castrol

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

13 thoughts on “Kahwinilah Wanita Yang Subur

  1. Assalamualaikum. Mendalam benar kesimpulannya.

    Hakikatnya yang saya faham, secara tidak langsung memg bila kita terlibat dgn apa jua jemaah akan melibatkan diri dlm Beyt Muslim secara senyap2.

    Hakikat ini bagi saya berpaksikan kpd satu perkara iaitu perlunya org yg sama fhm fikrah dan kerja yg dilakukan adalah sama.

    Dekat mana lg nk cari org yg betul2 sebijik fikrah dan fhm apa yg kerja kita lakukan kalau bukan dalam persatuan @ jemaah yg sama…

  2. Salaam..

    saya pun tak terfikir sampai ke situ. hehe.. memang beyt muslim secara senyap2.. :D

  3. macam tak pernah. ~

    tapi kalau orang tanya, jangan perasan kot. Jawab je la macam biasa, jangan muka merah malu sakan! (wah tak larat) buat2 je lah tak tahu (kang perasan malu sendiri)

    Kadang-kadang perempuan yang terlalu bijak tak best. (dalam konteks relationship, cepat membaca semua benda/hideous agenda. Eh, pandangan peribadi saja)

  4. Assalamualaikum.menarik..xpernah terpikir ke situ pula sebab bertanya.
    tapi rasa dalam meeting xde lagi yg disertai tanya berapa adek beradik melainkan dalam sc.. :)

    1. Meeting BPP. Anak ke berapa dari berapa orang adik-beradik.

      Pasni pesan siap2 kat semua exco jgn include adik-beradik dlm taaruf. Haha

        1. Tu kerja Wuchereria, C.

          Haha. Dia kata blh faham personaliti orang, klu anak sulung mcm ni, anak tgh mcm ni, anak bongsu mcm ni.

          Tp ada je akhawat yg ngelak, x sebut pun. Hoho~

    1. ni cuma petua orang-orang tua. tak semestinya betul tak seharusnya salah.
      ditambah pula dengan kaedah family planning sekarang segalanya mungkin. :)

Komen di sini, bukan di tempat lain