Disebabkan batch novel sewaktu evakuasi sudah mula dibuka sedikit demi sedikit maka saya menyelongkar almari mencari peti besi yang menyimpan harta karun untuk meletakkan bookmark-bookmark yang baru bersama koleksi lama. Akhirnya terjumpa sesuatu yang menarik dari 6 tahun dahulu. Sangat mengujakan hingga tergelak berguling-guling di atas lantai.
Koleksi kata-kata semangat daripada guru-guru sempena SPM. Lengkap dengan tandatangan. Haha
Teruja dengan tandatangan cikgu, kami pun nak jugak. Tapi saya sudah lupa ini tandatangan satu kelas atau tidak cukup seorang dua. Haha
Sentimental value yang cuma dapat dinikmati dengan adanya jasad fizikal. Boleh dibelek-belek, dipegang-pegang; betapa berharganya kalau kotor, hilang, koyak, tidak mungkin dapat diganti kembali. Sama juga dengan kad raya dan surat cinta serta album gambar. Haha
50 tahun akan datang benda ini mungkin menjadi satu kenangan untuk diceritakan kepada anak cucu cicit. Haha
Barangan antik harganya mahal bukan? Tapi yang ini confirmed tidak boleh dijual beli. Haha
Ok sudah boleh berhenti gelak :P
IKLAN!
Only RM15 and you’ll be able to talk for 50 minutes and send 150 SMS.
Assalam…..just nak mintk nasihat….aku ni sejk 2menjak ni mint gila soshi girl sampai meleleh air liur,tiap2 hari bukk tenet tengok soshi sampai tak tidur mlm.masalahny fannism ni ganggu aku puny study.tu yg nak tny tuh,ko pun soshi fan gak kan?, camne ko buat haa( ko kan budak medik)??? Jeles aku….pliz help me with ur advice:(….
kite kena jadi fan yang beriman – tahu bila nak layan soshi bila nak stadi bile nak baca quran solat malam. benda2 camni anggap macam hobi di waktu lapang je. takyah jadi obsesi. bersabarlah, sesungguhnya Allah itu bersama kamu.
Memang dari dulu suka kumpul bookmark (walaupun akhirnya main guna apa-apa jenis kertas termasuk tiket bas sbg bookmark).
Terkenang seorang dua cikgu saya yang minta tuliskan tinta penghargaan, untuk rekod peribadi mereka.