Tasawuf Dalam Torrent

Dalam dunia teknologi maklumat ini, antara sistem yang mesti anda ketahui adalah wujudnya perkongsian fail bernama Torrent. Selaku pengguna Torrent selama berpuluh-puluh tahun, suka untuk kita kongsikan 5 nilai yang telah kita pelajari selama menggunakan teknik perkongsian fail ini.

Mudah-mudahan terbuka hati anda untuk belajar, seterusnya menggunakan Torrent sepanjang hayat.


1. Sabar

Nilai paling penting dalam Torrent adalah kesabaran. Sabar dalam pelbagai aspek. Ramai yang gagal melatih nilai ini lantas berputus asa dengan Torrent.

Kalau Seeder sedikit, Download Rate perlahan, kenalah sabar menunggu lama supaya fail tersebut siap. Kadang-kadang sampai berminggu-minggu baru siap.

Kalau fail tersebut tiada Seeder, kenalah sabar mencari mana-mana pengguna yang boleh Seed fail tersebut. Kadang-kadang berbulan-bulan baru bertemu.

Tapi kepuasan apabila perkataan Download Completed muncul tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Penantian satu penyeksaan, diakhiri dengan kebahagiaan.


2. Memberi

Nilai untuk memberi kepada orang lain dengan cara yang mudah – Seed. Tidak perlu upload bermega-mega untuk orang lain download. Cukup dengan membuka uTorrent selama mana kita menggunakan komputer, upload 2-3MB satu sesi.

Kadang-kadang mengorbankan bandwidth. Tapi itulah harga pemberian kita kepada orang lain.

Apa yang kita download adalah hasil Seeding daripada orang lain. Sebab itulah orang yang men-download digelar lintah (Leecher) menghisap darah orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Maka kalau sudah Leech, belajarlah untuk Seed.


3. Merancang

Ada Tracker yang Public, ada juga Tracker yang Private. Bermakna Tracker Private ini memerlukan nisbah (ratio) Seed:Leech lebih daripada 1.

Kadang-kadang bila nampak fail DVD SNSD, 13GB perasaan membuak-buak nak download fail tersebut. Tapi apakan daya baru upload 1GB. Kena tunggu nilai yang telah di-Seed mencapai 13 barulah boleh download fail DVD SNSD tersebut.

Kena rancang fail apa yang perlu download segera, dan yang mana boleh tangguh masa akan datang.

Kena rancang nak download fail versi High Quality atau Low Quality.

Bila dah buat perancangan barulah boleh dapat semua benda yang kita inginkan.


4. Komunikasi

Kadang-kadang fail yang kita inginkan tiada Seeder. Maka kena cari pengguna yang boleh Seed fail tersebut.

Kena pandai cari tempat untuk buat permohonan (request) Seeder.

Kena pandai bermain kata, pandai menulis bahasa. Baru boleh dapat mereka yang sudi Seed fail tersebut.


5. Syukur

Akhir sekali kena bersyukur.

Hampir semua yang kita nak boleh dapat dengan percuma melalui Torrent.

Kalau dikira-kira, hidup ini penuh dengan benda percuma. Beli komputer dengan duit biasiswa. Beli iPad dengan duit mak ayah. Software pun Torrent.

Campur dengan udara, air, cahaya lagi. Maka nikmat ALLAH yang mana lagi kita ingin dustakan?


Ini 5 nilai yang kita rasa kita semua boleh dapat dengan menggunakan Torrent. Anda pula bagaimana?

[blackbirdpie url=”https://twitter.com/#!/hafizadam/status/203577202384711681″]

IKLAN!
Dulu buat filem dengan iPhone. Sekarang buat Music Video dengan Galaxy Note.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

1 thought on “Tasawuf Dalam Torrent

Komen di sini, bukan di tempat lain