Tahun ini berkesempatan menjadi PESERTA Seminar 5 Star Muslim Professionals. Maka boleh fokus kepada pembentang dengan optimum. Sudah 5 tahun menunggu saat ini XD
Seminar tahun ini memang bukan seminar ilmiah. Lebih kepada perkongsian pengalaman. Boleh juga disebut motivasi kendiri.
Secara peribadi, kita bagi 7 daripada 9 bintang. Secara keseluruhan terpaksa dikurangkan kepada 5 bintang. Sebabnya akan diberitahu kemudian.
Slot yang tidak diwar-warkan dalam iklan memang superb – Leading Like a Boss (En Amin) dan Position or Influence (Ustat Abdul Hadi). Kedua-duanya slot motivasi kepemimpinan. En Amin dah banyak improved berbanding tahun lepas. Slot beliau lebih banyak quote dan pengajaran daripada pengalaman beliau. Slot yang sama tapi memang terasa berbeza berbanding tahun lepas. Ustat Abdul Hadi pula memang menonjolkan kemahiran beliau sebagai trainer. Setiap 10 minit pembentangan akan ada selingan yang interaktif dengan peserta.
Tak dinafikan 3 doktor dari Malaysia sama hebat – Dr Syed Abdul Khaliq, Dr Azrin dan Dr Sabrizan. Membuatkan kita terinspirasi dengan perkongsian dan kisah-kisah mereka.
Maka secara peribadinya memang seminar kali ini markah tinggi.
Cuma yang membuatkan markah keseluruhan rendah kerana kita melihat secara gambaran kasar, bukan komen peribadi.
2 slot telah dibatalkan. Maka kuranglah markah. Sepatutnya juga, sebahagian yuran dikembalikan XD
Slot Art of Health Promotion kurang memberi input berguna, kerana slot tersebut hanya sejam dengan pembentangan yang terlalu umum. Sekiranya lebih fokus pada point penting, akan menjadi lebih berkesan dan bermanfaat. Tajuk ini juga sebenarnya boleh dibuat satu seminar baru dengan beberapa tajuk berbeza.
Welfare Hospital banyak input yang bagi sesetengah manusia adalah tidak berguna kerana ceritanya berkenaan hospital, bukan input praktikal. Secara peribadi, sangat menarik kerana kita suka fakta-fakta tersebut. Dasar manusia sukakan nombor, bila keluar nombor rasa teruja walaupun tak ilmiah.
Forum bersama Dr Omaima – Oversupply of Graduates membuka dimensi baru dalam skop melihat bidang perubatan. Bukan semata-mata tertumpu kepada amalan klinikal tapi juga kerja-kerja pentadbiran dan bidang lain yang tidak berkaitan dengan perubatan secara langsung.
Lalu membawa kita ke slot Blue Ocean Strategy – melihat perubatan bukan sekadar klinikal dan hanya berusaha memantapkan diri dalam kemahiran mendengar murmur, tapi cuba memilih jalan lain dalam bidang perubatan. Antaranya Information Technology, Health Informatics, Administration, dll. Sewaktu pembentangan tajuk ini, lebih berkisar kepada business-oriented dan teknologi. Selepas forum Dr Omaima baru nampak bagaimana nak melaksanakan Blue Ocean Strategy dengan lebih luas – terokai bidang yang orang tak pernah sebut ada kaitan dengan perubatan.
Satu lagi kelemahan besar seminar adalah cara pembentangan yang lebih menekankan perubatan. Kasihan adik-adik pergigian dan farmasi. Tajuk yang dibentang adalah umum tapi kalau pembentangan tak dapat membuka pandangan dalam bidang mereka maka sangat mendukacitakan adik-adik gigi dan farmasi yang hadir. Slot Student Activism boleh sentuh tentang perkara ini sepatutnya. Selepas ni kita buat Yahoo ajak sekali adik-adik gigi dan farmasi: Medical + Dental Checkup sekaligus kita bagi dekat masyarakat ;)
Paling diminati dalam seminar kali ini adalah berjaya membuka mata terhadap subjek Community Medicine and Public Health (Tahun Empat). Waktu round ComMed, masih hijau lagi dengan tahun klinikal maka kurang faham dan mengambil berat walaupun perasaan waktu tersebut round ComMed sangat seronok. Subjek paling tiada kaitan dengan perubatan. Belajar tentang pembangunan kendiri. Belajar tentang bisnes admin. Belajar tentang nombor dan statistik. Memang faveret.
Namun begitu, setelah seminar kali ini baru nampak kepentingan dia bukan sebagai clinician tapi sebagai administration. Sangat terinspirasi. Rasa nak sambung major dalam Public Health selepas ini.
Akhir sekali tahniah kepada AJK Pelaksana Seminar. Gimik perasmian smart. Video pun lawa walaupun ada bahagian yang perlu dibaiki supaya lebih kemas. Selain itu, perlu fikirkan cara untuk memberi cenderahati dengan lebih pantas. Penat kot naik turun tangga.
Dan ini adalah Resolusi Satu Ayat yang kita perolehi daripada seminar:
Smart nota
terima kasih kerana menngingati kami adik2 dentist ni.. =)