CikTed Sampai di Rumah

Pada mulanya ingin berbicara tentang Law of Attraction, tapi rupanya sudah menulis tentang Law tersebut dalam post Kongsikan… Walau Hanya Pada Awan. Bolehlah baca di sana.

Kaitannya di sini adalah Khamis lalu mewar-warkan keinginan memiliki teddy bear, hari ini sudah dapat sebuah teddy bear bersaiz gergasi, hahaha XD

NOTA: HUKUM MEMILIKI TEDDY BEAR

Sekadar ringkasan. Ulama’ khilaf dalam hukum memiliki anak patung. Secara umum hukumnya adalah haram jika untuk penyembahan (berhala, perhiasan, dimuliakan) dan harus jika untuk permainan (dikotorkan, dijadikan punching bag). Ada juga yang mensyaratkan supaya dicacatkan anak patung tersebut. Maka bolehlah Google dan baca lebih lanjut.

Tapi sebagai rebellious person yang sering menonton drama Korea yang banyak maksiat, kita ambil sebab pengharaman yang paling umum – penyembahan muahahaha >:D

Kesimpulannya juga, dijemput kepada semua untuk datang menumbuk Cik Ted dan me-release tension yang terbuku di hati. Tahu ramai yang bengkak hati dengan Arab dan juga Melayu di Mesir kan? ;)

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain