Melihat beliau mendatangkan keinsafan kepada diri ini kerana teringat kisah seorang sahabat bernama Saidina Mus3ab bin Umair.
Kisah Saidina Mus3ab secara ringkasnya boleh diringkaskan sebagai kisah cinta seorang hamba kepada Tuhannya hingga sanggup meninggalkan kemewahan dunia demi Islam. Dulunya beliau seorang yang memakai pakaian kemewahan, selepas memeluk Islam beliau hidup dalam keadaan sederhana.
Antara jasa beliau yang lain adalah menjadi duta ke Madinah dan berjaya mengislamkan ramai penduduk di sana. Rentetan usaha beliau ini maka termeterai Perjanjian Aqabah Pertama.
Beliau syahid dalam perang Uhud mempertahankan bendera Islam hingga dipotong kedua anggota tangan sebelum akhirnya ditikam.
Keadaan beliau sewaktu dikafankan cukup popular dengan kata-kata, “Apabila ditarik kain menutup kepala, maka kakinya terbuka. Apabila ditarik menutup kaki, maka kepalanya terbuka.” Begitu kezuhudan seorang sahabat.
Itu kisah Saidina Mus3ab, sahabat Rasulullah SAW. Apa pula kaitan dengan akhawat bertudung labo tadi?
Melihat beliau yang bertudung labo sungguh menyejukkan mata – sangat sesuai dijadikan isteri, maka kita pun beristighfar seraya menundukkan pandangan. Lalu terlihatlah kaki beliau memakai stokin belang-belang warna-warni paras buku lali terselak ketika berjalan dek kain beliau yang juga singkat.
Tudung labo tersebut rupanya dibayar dengan potongan kain di bawah. Otak pun secara automatik mengeluarkan kata-kata baru yang mungkin bakal masyhur selepas ini, “Apabila dilabuhkan tudung, maka singkat kainnya. Apabila dilabuhkan kain, maka singkat tudungnya.”
Begitu kezuhudan seorang pelajar di Mesir. Tapi, kaki paras buku lali ke atas tiada khilaf, adalah aurat.
Kesimpulan untuk akhawat – kalau suka pakai stokin pendek belang-belang warna-warni, pakailah seluar walaupun dah pakai kain. Lagipun sekarang kan selalu ribut pasir. Dalam cerita kartun/anime/manga, angin kuat ni biasanya kain terangkat. Tak takut ke? (Haha =P)
p/s: Di bawah ini ada ruang komen tahu? Penat letak tapi tiada manusia komen, grrr :(
betul tu abang hafiz. angin kuat sekarang ni..
kan? mata salu masuk habuk :(
Teringat kisah yang ustaz Fauwaz cerita dalam kelas tafaquh masa kita tahun 1/tahun 2 dulu.
Seingat saya ceritanya begini, zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam dulu, ada seorang wanita terjatuh dari kenderaannya lalu terselak kainnya. Waktu tu ada baginda dan para sahabat. Baginda palingkan muka lalu para sahabat memberitahu yang wanita itu memakai seluar panjang di bahagian dalam, maksudnya tak terlihat pun auratnya. Baginda pun memuji wanita tersebut dengan mafhumnya (tak pasti matan hadisnya) bahawa Allah Taala merahmati wanita dengan sebab dia memakai seluar panjang.
Wallahua’lam. Kalau ada sesiapa yang tahu ketepatan kisah ni, boleh betulkan.
Saya sangat ingat ustaz cerita ni, sebab sejak tahu tu terus rasa semangat nak istiqamah pakai seluar panjang di bahagian dalam. Selain rasa selamat, sekaligus dapat amalkan sunnah.
Semangat komen panjang sebab ada seruan untuk komen di atas. :)
ini sungguh precious. tq ami :D
haha. teguran santai. dalam gurauan terserlah sifat kebapaan/ke-suami-an din mat. :P