Persepsi Penyakit

Hari ini ponteng sebab belajar tajuk yang sama – otak dah tepu takleh nak dengar dah walaupun Dr best. Maka nampak pos ini dekat Newsfeed.
akhawat-azhar-cyst
Sebenarnya adalah sangat sukar untuk kita mengorek cerita tentang sakit yang dihadapi seseorang. Apatah lagi untuk tujuan penyebaran umum.

Sebab itu kadang-kadang bila pesakit dah nazak baru kita terima khabar penyakit beliau. Kadang-kadang disuruh doa dan solat hajat tapi sakit apa tidak diketahui.

Dulu-dulu hairan juga dengan situasi ini. Kenapa susah sangat nak bercerita tentang sakit kita kepada orang lain? Untung-untung mereka boleh tolong doakan. Untung-untung mereka boleh bagi sokongan moral wang tenaga.

Tapi lama-kelamaan kita faham, ada pesakit tak nak menyusahkan orang lain. Ada pesakit tak suka dipandang sebagai pesakit. Lagipun tahu sakit sudahlah, buat apa nak tahu banyak-banyak?
male-doc-female-patient
Soalan ini pernah ditanya pada orang-orang tua. Jawapan mereka, sihat adalah maruah. Sakit mencalarkan maruah.

Sebab itu para Nabi dan Rasul tak boleh sakit yang keterlaluan. Itu pun Nabi Ayub sakit, sudah menimbulkan banyak persoalan dan cerita rakyat.

Sebagai contoh akak ini mempunyai cyst yang perlu dibuang. Selaku pelajar perubatan maka kita tertanya-tanya – cyst apa? Hydatid cyst? Ovarian cyst? Dermoid cyst? Sebaceous cyst? Breast fibrocystic disease? Cystic fibrosis? (OK CF bukan cyst literally yang perlu dibuang XD)

Sekiranya dinyatakan ovarian cyst, maka pandangan masyarakat mungkin begini – “Lepas kena buang mesti tak boleh beranak.” Lalu rendah peluang akak tersebut untuk berkahwin. Sudah dapat markah minus.

Ini kebimbangan orang tua jika sakit diketahui umum. Bimbang terhadap pandangan masyarakat awam.

Tapi yalah, selaku pelajar perubatan, perkataan “ovari” mahupun “dibuang” langsung tidak memberikan kesan. Sebab kita tahu ovari ada 2 biji. Dibuang satu tak jadi masalah. Lagipun sekarang kan ada Assisted Reproductive Technology? Kadang-kadang juga, “membuang” boleh menyebabkan peluang mengandung lebih tinggi. (lainlah kalau buang uterus =P)
asadww
Apa yang cuba kita sampaikan?

Selaku pengamal media, apa yang kami cuba lakukan mungkin bertujuan baik. Namun begitu mungkin sahaja hasilnya buruk. Maka menjadi tanggungjawab kami untuk mempertimbangkan kemungkinan berlaku baik dan buruk. Lebih penting lagi, tanggungjawab masyarakat untuk menerima dengan kaca mata kebaikan.

Mudah-mudahan akak Farhana kembali cergas melakukan aktiviti lasak. Juga abang-abang yang kemalangan semalam. Doakan mereka beramai-ramai. Doa Muslim berwibawa terhadap Muslim berwibawa yang lain adalah mustajab. Serius tak tipu.

p/s: seperti biasa, di bawah ni ada ruang komen.


Kredit gambar: Fb PCA

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain