Memaki Admin Page Facebook

facebook-akudarahanakmalaysia
Semalam puas hati memaki admin Page Facebook melalui Twitter. Maka kita dokumentasikan supaya mudah orang lain Google.

Berikut adalah 5 perkara yang saya rasa nak bagi kaki kepada seorang Admin Page Facebook.


1. Malas baca Notification dan Message

notifications-messages
Facebook dan Twitter adalah Social Media. Tujuan utama Social Media dalam Marketing adalah interaksi dengan pelanggan. Istilah khususnya, Engagement.

Maka setiap hari kena periksa ruang Notification dan Message supaya boleh respon dengan pantas perkara-perkara yang penting. Dalam Notification, tumpukan pada Comments dan periksa satu-satu sekiranya ada yang perlu direspon.

Sebagai rule of thumb, sekiranya anda mempunyai Unread Messages yang berusia lebih daripada seminggu, memang layak diberi kaki.


2. Tak nak guna fungsi Edit

edit
Selepas post iklan program, kita baru sedar kita tersilap meletak link pendaftaran. Tapi sudah ada 1 juta Likes dan 2 juta Shares. Sekiranya anda memadam post tersebut dan membuat post baru, maka anda memang layak diberi kaki sebelum dilempang berkali-kali.

Kalau Admin belum tahu, saya ingin memberitahu bahawa Photo boleh di-Edit. Kalau dah tahu, maka sila manfaatkan fungsi tersebut. Ini merupakan salah satu sebab kenapa digalakkan mengguna Photo, selain daripada tujuan menambah tarikan.

Semua perubahan yang anda buat secara automatik terkesan kepada semua Shares. Maka kalau orang lain buka post tersebut, dia akan nampak link pendaftaran yang baru.

Saya ingin tanya pengguna Facebook sekalian, anda Share post asal atau link pendaftaran? Tentulah post asal.

Mohon jangan bazirkan Likes dan Shares yang telah ada. Kemungkinan untuk post baru di-Share semula sebanyak 2 juta adalah sangat rendah. Kadang-kadang tak di-Share semula pun oleh orang lain.

Sekiranya masih ada keperluan untuk buat pengumuman mengenai ralat tersebut, silakan buat pengumuman ringkas kemudian.

Lainlah kalau post tersebut bukan Photo. Memang perlu buat yang baru.


3. Tak pandai guna fungsi Schedule

scheduled
Waktu online bagi setiap pengguna Facebook adalah berbeza. Namun begitu, ada masa yang merupakan peak hour (Maksimum pengguna online) dan sebarang post yang dibuat pada waktu tersebut mempunyai peluang yang tinggi akan dilihat oleh ramai orang.

Sebagai contoh – iklan pada pukul 3 pagi adalah kurang relevan kerana manusia sedang tidur pada waktu tersebut. Menjelang pagi apabila mereka bangun (peak hour), post anda sudah jauh terperosok ke bawah, hujung News Feed.

Maka sekiranya anda post iklan pada pukul 3 pagi dengan alasan anda tidur selepas Subuh, tak dapat nak post pada waktu peak hour, maka anda memang layak diberi kaki bertubi-tubi supaya tidur selama-lamanya.

Apa guna fungsi Schedule yang HANYA ada pada Page Facebook?


4. Guna akaun Page untuk urusan tiada kaitan

useless-talk
Sebelum anda diberi kaki kerana bersembang perkara tiada kaitan dengan Page Facebook tersebut, baik para admin belajar bagaimana menukar akaun peribadi dan page terlebih dahulu.

Sekiranya Page Facebook yang mewakili badan profesional atau syarikat korporat tiba-tiba menjemput main PES hujung minggu ini, ia merupakan satu perkara yang sangat memalukan.

Turut termasuk dalam kategori ini adalah Like post sendiri. Mohon guna akaun peribadi untuk Like post sendiri.


5. Share orang lain punya tanpa kredit

Beberapa situasi yang sering ditemui:
– Salin tampal status orang. Ini fitnah yang berlaku pada Dayana kerana tidak tahu pemilik asal puisi.
– Upload balik video orang. Ini pun celaka. Hasilnya, iklan disangka perkara benar.

Makhluk-makhluk ini kecik-kecik taknak mati, maka bila dah besar memang layak kita bagi kaki.

Kadang-kadang ada sesetengah situasi kita tak boleh nak Share status asal. Sebagai contoh, ayat-ayat yang di-Share bersama link. Memang kena copy-paste.

Sekiranya anda Share orang lain punya dengan cara salin tampal, meletak Kredit adalah satu adab yang sangat penting. Mohon belajar daripada periwayatan hadis – bersanad.

Tujuan yang pertama – elak salah sangka. Tujuan yang kedua – memudahkan kita trace pemilik asal, kalau ada masalah senang kita nak saman. Tujuan ketiga – penghargaan kepada penulis asal status.


Penutup

Sepertimana dah disebut awal-awal tadi, Facebook dan Twitter adalah Social Media. Maka 2 benda ini adalah medium promosi dan hebahan, bukan medium dokumentasi dan rekod simpanan.

Memahami fungsi berbeza medium-medium yang ada akan mempengaruhi cara kita menggunakan mereka. Walaupun masih lagi bergantung kepada gaya masing-masing.

Syarikat dan jenama terkenal pun kadang-kadang menggunakan nada yang sedikit informal apabila berinteraksi di Facebook.
sony-samsung
Maka, sekiranya ingin mempromosikan sesuatu, ringkaskan. Jangan guna ayat panjang-panjang, intro meleret-leret, quote berpuluh-puluh ayat. Fokus pada apa yang bakal menarik perhatian pengguna Facebook untuk klik link tersebut.

Untuk akhirnya, makian ini sekiranya Page Facebook tersebut mewakili badan profesional. Kalau sekadar Page untuk peribadi, ikut suka merekalah nak buat apa pun kah3

Ada lagi makian lain? Tambah dalam komen di bawah.

IKLAN!
Ramadan waktu untuk berubah menjadi lebih baik. Mula dengan mengingati mereka yang kurang bernasib baik. Rancangan ini perlu anda tonton, setiap Khamis 5 petang.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain