Kalau seorang diri nak pergi ke mana-mana, sambil tunggu teksi atau bas memang akan berjalan (Kalau ramai-ramai tak buatlah kan). Setakat jalan kaki dari rumah ke bank Giza, atau ke Tahrir memang biasa. Dulu waktu Metro line Abbasiah belum siap, selalu juga jalan kaki dari stesen Ghamra menuju ke ARMA. Sesekali meroyan jalan kaki dari Hayyu Sabi3 ke Suuq Sayyarat Hayyu Asyir pun pernah buat.
Pengalaman setakat ini, ada 2 situasi bakal berlaku:
1. Anda akan dapati teksi di depan sana lebih banyak muncul berbanding anda tunggu di sini. Sebab jalan raya bukan closed space. Ada banyak tributaries simpang-simpang di depan sana yang teksi datang darinya. Maka kalau anda pergi depan memang akan dapat banyak teksi.
2. Kadang-kadang anda akan sampai di destinasi sebelum sempat tahan teksi. Sebab manusia sifatnya pemalas, tempat dekat pun nak naik kenderaan. Padahal jalan kaki pun boleh sampai.
Ibrah daripada perjalanan ini juga, kalau anda inginkan sesuatu jangan tunggu tapi kejar perkara tersebut sampai dapat.
Nak jadi insan baik jangan tunggu imamku datang pimpin tangan hantar ke pintu syurga. Sampai ke pagi imamku takkan datang. Tapi kalau anda usaha jalan menuju ke destinasi, siapa tahu di depan sana berderet-deret teksi datang hon tanya, “Taksi?”
Nak jadi pelukis hebat jangan tunggu orang datang bagi kursus bagi bengkel. Jadi proaktif, tanya mereka yang pakar, study manga dan komik pelukis hebat. Dapatkan pandangan orang lain dan terus melukis walaupun buruk level cakar ayam. Kadang-kadang anda boleh berjaya sebelum sempat orang bagi bantuan.
Sama juga dengan cita-cita lain. Sama juga dengan pekerjaan lain.
Serius. Jangan tunggu dan terus berjalan. Bila sampai di destinasi, tachycardia tachypnea claudication sweat dan segalanya, bakal membuatkan anda berkata kepada diri sendiri, “OMG dah sampai, gila.”