

Semalam kemaskini Kaspersky Internet Security kepada versi terbaru 2015. Lesen KIS2015 di Lowyat.Net pun banyak yang murah.
Disebabkan KIS2015 masih baru, ada beberapa bug/glitch. Antaranya masalah sewaktu melayari pautan SSL menggunakan Firefox. Masalah ini cuma dapat diselesaikan dengan menutup fungsi KIS2015 sepenuhnya.
Bug/glitch ini sangat mengganggu pengguna Firefox tegar seperti saya kerana melibatkan laman web yang biasa diguna seperti Yahoo.Com dan Drive.Google.Com. Malah tiada pilihan “I understand the risk” untuk menambah laman-laman tersebut ke dalam senarai whitelist.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna perlu melakukan seperti berikut:
1. Klik Options > Advanced
2. Pilih Certificates > View certificates > Authorities
3. Klik Import dan pergi ke C:\ProgramData\Kaspersky Lab\AVP15.0.1\Data\Cert
4. Pilih (fake)Kaspersky Anti-Virus Personal Root Certificate.cer dan klik Open
5. Tanda semua pilihan yang disediakan dan klik OK
Selesai. Sebarkan jika sayang Kaspersky Internet Security.
QUOTE
“Opinion is like buttholes; we all have them, and they usually stinks.”
Link, YouTubers React to Comments System