“Pernah dengar tentang BioWare?” soal beliau.
BioWare merupakan developer permainan video yang terkenal dengan Neverwinter Nights, Baldur’s Gate, Mass Effect dan yang terbaru Star Wars: The Old Republic. Rata-rata permainan video yang dihasilkan mereka mendapat kritikan positif terhadap plot dan jalan cerita yang dihasilkan. Selain itu, BioWare turut menghasilkan game engine sendiri yang kemudiannya dilesenkan kepada developer lain untuk diguna dalam games mereka.
“Kau tahu empat pengasas BioWare merupakan graduan perubatan? Kemahiran mereka terbina hasil daripada projek untuk universiti.”
Selalunya kita dengar Bill Gates dan Steve Jobs merupakan produk universiti yang gagal. Jarang kita dengar tentang mereka yang berjaya dalam bidang yang lain daripada apa yang mereka belajar. Padahal mereka ini ada di mana-mana sekeliling kita. (Guru cemerlang subjek kimia saya dahulu merupakan lulusan biologi.)
Saya merupakan salah seorang yang suka buat kerja bukan bidang perubatan. Seharian boleh dihabiskan untuk menyelesaikan masalah laman web atau buat video sedangkan baca buku perubatan sejam belum tentu dalam sehari. Kalau stress waktu musim exam orang lain mungkin main game atau tengok movie atau jalan-jalan tapi saya pergi selesaikan masalah orang lain. Waktu sekolah menengah, siapkan set soalan matematik tapi disebabkan sekarang tak belajar matematik saya suka cari masalah dalam laman web bERUBATAN dan adjust mana yang patut. Ataupun cari siapa perlukan musyrif dan tolong beli coklat dan Shibsi.
Maka antara soalan yang saya pernah dapat terutama daripada keluarga adalah, “Berbaloikah buat kerja pelik ini?” Ada juga yang bertanya apabila sudah bekerja nanti masih mahu teruskan atau tidak. Jawapan yang pasti, “Entahlah.”
Rezeki itu milik ALLAH. Jalan yang kita pilih belum tentu menjadi punca rezeki kita. Bahkan mungkin jalan lain yang bakal jadi lebih bermanfaat buat kita. Tapi kita cuma manusia biasa yang terbatas pengetahuan dan penuh dengan sangkaan.
Jadi buatlah keputusan terbaik dan usaha untuk jadi lebih baik. Belajar semua kemahiran sebanyak-banyaknya. Kemahiran yang diperolehi mungkin kita rasa tak berguna hari esok, tapi hari lusa belum tentu.
BERITA
Projek sekarang, sedang belajar laman web e-Commerce (sendiri). Boleh buka HA Store untuk lihat progress dan beli apa yang berkenan (haha).