Scroll timeline Facebook, limpas satu artikel bercerita tentang Hyomin menagih simpati artis junior utk turut sama promosi lagu terbaru beliau, Allure. Rata-rata netizen kesian sebab mengenangkan T-ARA dulu girl group yang top. Rival SNSD. Kiranya Hyomin ni veteran level legend dah ni.
Link artikel: Hyomin Begged Her Junior Idols
Antara legenda kumpulan T-ARA ni salah satunya Music Video versi Drama yang tak pernah dibuat orang. Konsep cerita dalam MV mungkin ya, tapi durasi 20 minit siap sekuel? Memang mindblown pada masa tu.
Pada mulanya MV Drama pertama yang diorang release – lagu Day by Day + Sexy Love. Tema sci-fi futuristik tapi main lawan pedang. Cerita tentang adik-beradik yang terpisah sebab adik ada kuasa istimewa maka diculik penjahat. Masih berkenan lagi dengan motor besar ekzos gedabak yang Hyomin pakai dalam MV tersebut.
Kemudian T-ARA kembali dengan MV Drama lagu Cry Cry + Lovey Dovey. Menampilkan pelakon tersohor Cha Seungwon dengan Ji Changwook. Chajumma jadi father-figure manakala Changwook jadi mafia baby face dalam MV tersebut. Cerita berkisar tentang pembunuh upahan ambil anak mangsa dia, kemudian jaga sampai besar.
Namun selepas itu T-ARA terpalit kontroversi buli yang menjadi titik tolak kejatuhan T-ARA. Netizen pada waktu tersebut membuat spekulasi salah seorang ahli – Hwayoung dibuli lantaran hantaran SNS beliau. Tambah menerukkan keadaan, kontrak beliau ditamatkan beberapa bulan selepas itu menguatkan lagi spekulasi tersebut. Setelah bertahun dikecam akhirnya staf-staf yang terlibat dengan T-ARA tampil menceritakan sebenarnya Hwayoung yang bermasalah. Siapa yang betul, wallahua3lam.
Pengajarannya? Benda tak pasti, jangan share dan viralkan. Ataupun senang cerita, benda menjatuhkan orang jangan sebarkan. Kesannya bertahun-tahun. Padahal cerita sebenar lain daripada apa yang kita spekulasikan.
Rapuan ini telah disiarkan dalam GengKDrama