Ballad of Seodong merupakan salah satu karya cerita rakyat terawal dalam sejarah Korea. Bertemakan percintaan antara dua darjat ala-ala Romeo and Juliet, ia mengisahkan Seodong seorang rakyat marhaen yang jatuh cinta dengan puteri dari Silla, Princess Seonhwa.
Jadi dia mencipta satu lagu memfitnah puteri tersebut selalu keluar malam berjumpa kekasih gelap dan mengupah budak-budak untuk menyanyikan lagu tersebut dalam kalangan rakyat jelata. Lagu tersebut sampai ke pengetahuan Sultan dan akhirnya Princess Seonhwa dibuang dari istana. Rancangan Seodong berjaya dan dia pun menculik puteri tersebut balik ke negara Baekje.
Kisahnya tak seromantik yang disangka, malah nampak keji sebenarnya.
Drama 55 episod Ballad of Seodong tahun 2005 masih mengekalkan tema cinta antara dua darjat tersebut dengan lagu menjadi pengikat hubungan mereka berdua. Disebabkan satu insiden memalukan sewaktu mereka masih kanak-kanak, Seodong menulis lagu tersebut untuk mengenakan Seonhwa tapi tidak berjaya kerana beliau awal-awal lagi kantoi dengan puteri Silla tersebut. Mereka kemudiannya terpisah membawa haluan masing-masing. Menginjak dewasa, Princess Seonhwa menyebarkan lagu tersebut untuk mencari semula Seodong.
Princess Seonhwa has secretly… ♪
shared love and hugs Seodong at night ♫
– Ballad of Seodong (2005)
Dibintangi Jo Hyun-jae dan Lee Bo-young (awet muda betul akak ni), drama ini juga merupakan drama pertama Choi Sulli (sebagai Princess Seonhwa versi budak). Pengarah Lee Byung-hun dan penulis Kim Young-hyun meneruskan legasi Jewel in the Palace mereka dengan kali ini fokus terhadap perkembangan teknologi sains pada zaman tersebut. Gu Hye-sun turut membuat penampilan awal sebelum beliau popular dengan Boys Over Flower beberapa tahun kemudian.
Drama ini bukan untuk semua orang rasanya. Rata-rata reviu internet memberikan rating yang tidak seberapa walaupun bagi saya drama ini agak underrated. Peminat saeguk klasik pasti familiar dengan format penceritaan ala-ala teater – pacing slow, skrip berjela, bunyi pedang exaggerated, lakonan over, tarian kebudayaan, dengan latar lagu onara – yang susah nak jumpa dalam saeguk sekarang. Tonton rasa mengantuk nak fast forward tapi teruskan juga atas sebab berhantu.
Kalau tercari-cari drama saeguk lama-lama boleh cuba. Ini adalah kisah seorang pempuan yang meninggalkan istana demi seorang lelaki, akhirnya kembali ke istana bersama-sama. Lain betul sisi pandang daripada kisah asal.
Ulasan ini telah disiarkan dalam Group Facebook GengKDrama