Marriage, Not Dating: Bersama Kesusahan Ada Kesenangan

Termarathon drama ni secara tidak sengaja disebabkan Youtube Recommendation muncul selepas buka VPN.

Secara asasnya drama ini bergenre romantik – komedi – slice of life yang falsafah hidup karakternya caca merba dan bercelaru. Gi-tae seorang yang tidak percaya dengan cinta dan perkahwinan. Jang-mi seorang yang obses dengan cinta sejati. Yeo-reum segalanya tentang duit. Se-ah mahukan baby tanpa suami. Hyun-hee nak cari lelaki kaya jadi suami. Ibu bapa Jang-mi di ambang perceraian. Bapa Gi-tae pula ada perempuan simpanan.

Semua karakter ini bertemu disebabkan hubungan Gi-tae dan Jang-mi.

Gi-tae yang fed-up dengan ibunya yang selalu setup blind date akhirnya berpakat dengan Jang-mi untuk berlakon jadi couple yang nak kahwin. Jang-mi setuju kerana hubungan ibu dan bapanya bertambah baik setelah tahu Jang-mi ada boyfriend dan ada plan nak kahwin.

Tapi hubungan Gi-tae dan Jang-mi merupakan satu disaster yang dipenuhi misunderstanding yang mungkin stress ditonton kalau tak dimasukkan genre komedi tadi.

Drama ini habis ditonton kerana seronok lihat komentari kehidupan dari sisi hubungan yang bermasalah, bagaimana karakternya muhasabah terhadap diri sendiri dan berubah jadi lebih baik. Lagipun watak sampingan tak terlalu obses terhadap hero heroin sampai rasa nak menyumpah. Konflik yang ada pun laju sahaja mereka selesaikan; satu dua episod dah selesai. Sesuailah tonton petang2 sambil lipat baju.

Han Groo mula-mula perasan masa siri Girl-K. Filem aksi 3 episod ala-ala The Witch. Dalam filem tersebut hampir semua aksi beliau lakonkan sendiri. Drama ini merupakan drama terakhir beliau sebelum kahwin dan beranak kembar sampai sekarang masih bizi jaga anak.

Dua idol dalam drama ini – 2AM Jinwoon dengan Secret Sunhwa. Ada juga Yoon So-hee yang sampai sekarang tak puas hati kenapa mesti meninggal dalam Ruler: Master of the Mask. Halmeoni Kim Hae-sook pun ada, dari mak muka ketat akhirnya berjaya lolos dari belenggu doktrin perfect mom/wife.

Penghujungnya, mereka kahwin style Gi-tae X Jang-mi; majlis kahwin dilanda disaster siap sempat lagi konon2 ada misundertanding kecurangan – kemudian ditutup dengan quote dari Surah al-Insyirah “bersama setiap kesusahan ada kesenangan.”

Telah disiarkan dalam Group Facebook GengKDrama

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain