Robo-advisor merupakan platform digital yang membuat pelaburan secara automatik berdasarkan algoritma yang ditetapkan. Secara ringkasnya pengguna hanya perlu memilih portfolio dan risiko kemudian robo-advisor akan melabur secara automatik. Di mana dan siapa yang menguruskan pelaburan itu pula berbeza mengikut platform yang dipilih.
Antara kelebihan robo-advisor:
- Pelaburan pasif. Pengguna yang sibuk bekerja, tiada masa berfikir untuk menguruskan pelaburan mereka adalah golongan yang bakal mendapat manfaat. Pilih portfolio dan risiko, masukkan duit kemudian boleh tidur. Ataupun memang malas uruskan sendiri, robo-advisor adalah pilihan.
- Kepelbagaian. Robo-advisor biasanya melabur dalam sektor berlainan untuk manfaat maksimum. Kerugian dalam sektor A akan ditampung keuntungan dalam sektor B. Strategi ini biasa, tapi jadi mudah kerana segalanya robo-advisor yang buat.
- Objektif. Biasanya pelaburan sendiri akan dipengaruhi emosi. Nampak rugi terus gelabah. Robo-advisor memainkan peranan supaya pelaburan lebih objektif seiring dengan pilihan portfolio dan risiko yang ditetapkan pengguna.
Tapi disebabkan robo-advisor menjadikan kebanyakan benda “automatik”, ia mungkin bukan pilihan bagi mereka yang inginkan lebih kawalan manual terhadap pelaburan mereka.
Wahed Invest merupakan salah satu platform robo-advisor pelaburan patuh syariah di Malaysia. Robo-advisor yang lain adalah BEST Invest (patuh syariah), Raiz, StashAway, dan MyTheo.
Tahun ini Wahed Invest naik taraf sistem applikasi mereka dengan tambahan beberapa fungsi yang agak menarik.
Antaranya pengguna boleh membuka beberapa portfolio dalam satu akaun. Ini menjadikan fungsi satu portfolio lebih dinamik mengikut kemahuan pengguna. Sebagai contoh, mungkin satu portfolio untuk pelaburan Very Aggressive manakala portfolio kedua pelaburan Gold yang lebih stabil.
Tambahan lain adalah fungsi Target. Pengguna boleh menetapkan Target Balance untuk dicapai dalam satu jangka masa. Fungsi ini membolehkan pengguna membuka satu portfolio pelaburan seolah-olah berbentuk simpanan.
Sebagai contoh, target 1 Januari 2022 simpanan sebanyak RM10,000 untuk beli Plash Speed V5. Jadi setiap bulan boleh menyimpan mengikut kemampuan sambil lihat berapa peratus lagi untuk mencapai target di samping simpanan tersebut beranak dengan sendirinya.
Penghujungnya, setiap pelaburan ada risiko masing-masing. Pelaburan tanpa risiko adalah haram, jangan sesekali terpedaya dengan janji manis pelaburan pasti untung tak ada rugi.
Sekiranya berminat boleh dapatkan applikasi Wahed Invest di laman web mereka. Jangan lupa referral code MUHMAM4 untuk bonus beberapa ringgit.