Anekdot Diari COVID-19

Jujurnya tak pernah sangka penyertaan diterima.

Proposal dihantar awal bulan enam tahun lepas, sipi-sipi tarikh tutup. Lalu diberi masa seminggu untuk hantar karya penuh. Tak banyak idea yang datang lalu sekadar satu dua ilham jadi contengan. Itu pun rasanya tak begitu kaw untuk jadi sebuah karya yang bermanfaat pada pembaca.

Tapi nasib menyebelahi, karya diterima.

Ini adalah diari barisan hadapan sewaktu awal-awal kita dihentam musibah; masih muda, masih naif, dan semangat masih berkobar-kobar mahu menang. Jauh benar beza sekarang, yang tinggal cuma omelan patah hati dengan kerenah barisan kayangan.

Eloklah dibeli satu naskhah, buat kenang-kenangan bahawa satu ketika dahulu kita semua pernah menaruh harapan, lalu dikecewakan.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain