Filem terakhir dalam francais Rurouni Kenshin ini tak terlalu mengagumkan, tak juga terlalu mengecewakan. Sedang-sedang elok markah 7/10. Masih filem yang bagus untuk ditonton.
Tapi olahan melodrama mungkin kurang digemari sebahagian besar penonton.
Mood mendatar, dengan alunan muzik dan sinematografi yang seolah-olah cuba menenggelamkan penonton tapi cuma setakat paras dada. Tak boleh dikatakan gagal, cuma tak emosinya tak sampai membuatkan penonton menangis tersedu sedan, cukup-cukup untuk buat rasa sayu sahaja.
Aksi lawan masih wujud walaupun 1/4 daripada keseluruhan filem.
Filem ini penting sebagai pelengkap untuk mendalami jiwa seorang lelaki di sebalik parut X dan kaki pembunuh sebenarnya masih wujud taman. Juga merasai kepedihan seorang perempuan yang jatuh cinta dengan pembunuh tunangnya sendiri.
Kenshin-Tomoe adalah pasangan yang tak kesampaian tapi penyatuan mereka adalah titik perubahan sebuah legenda.
Tanpa Tomoe, Kenshin mungkin akan terus jadi pembunuh tak berperikemanusiaan.
Tanpa Kenshin, Tomoe mungkin akan terus jadi wanita pendendam yang tak dapat terima kematian tunangnya.
Tapi itulah, rambut palsu Arimura Kasumi terlalu mengganggu visual. Nampak sangat fake.