Beginilah.
Pencuri pecah masuk banglo, kantoi dengan tuan rumah. Ada bukti video CCTV, pencuri pun dah mengaku.
Tuan rumah mengadu kepada majikan pencuri, majikan cakap bukan bidang kuasa dia sebab dia mencuri di luar waktu bekerja dan tidak menjejaskan LNPT tempat kerja. Tuan rumah mengadu di balai polis, polis cakap banyak prosedur kena buat dan melecehkan. Diorang akan siasat tapi lambat sikitlah.
Tuan rumah geram tak puas hati, dia pergi belasah pencuri sampai lunyai; hentak dengan kerusi besi, smackdown dari beranda tiga tingkat, last2 cekik dengan tali kail.
Anda yang melihat adegan aksi ngeri tersebut nak join tuan rumah belasah pencuri, atau nak halang tuan rumah buat kesalahan besar membunuh?
Tuan puan jemaah netizen sekalian,
Bila kita nasihat tuan rumah, tak bermakna kita bekap pencuri. Tak perlulah persoal kenapa tak kecam pencuri jangan rembat harta orang tayang depan rumah.
Kita faham pempuan rasa teraniaya, rasa dikhianat, rasa nak balas dendam kaw2. Tapi kena ingatlah, kita ada Allah yang akan judge laki dan pempuan di Akhirat kelak. Itulah erti menganut agama Islam, yakin dengan Hari Pembalasan.
Nak tuntut keadilan di dunia tapi rugi di hadapan Allah, kalau rasa berbaloi, boleh teruskan. Tak ada masalah. Kerana pada akhirnya hidup kita adalah milik kita sendiri, bukan orang lain.
Ingat tuan-tuan, pempuan akan sentiasa betul dan lelaki selamanya akan dipersalahkan. Itulah erti mukallaf dan tanggungjawab seorang lelaki.