Jadi Model Green Zone – Play Arts Kai Final Fantasy VII Cloud and Sephiroth

“Hafiz, kotak apa besar gila ni?” Tiga Lady Boss serbu bila aku masuk bilik eMO. Pagi tadi ada bungkusan Pos Laju sampai.

“Saya beli mainan boss.” Aku letak beg atas rak.

“Tau mainan. Benda apa ni?” Kotak besar-besar ada tulisan Lego, tapi sekadar kotak penghantaran sahajalah. Dalamnya mainan lain.

“Action figure.”

“Game ke anime?” Biar betul boss aku ni, detail dia tanya. Entah-entah otaku jugak haha.

“Game. Final Fantasy VII Remake.”

“Cepat bukak I nak tengok.” Teruja betul. Rasanya beliau lagi teruja daripada aku. Sampai suruh aku unboxing on the spot.

Aku cari pisau dalam beg dan buka kotak satu-satu. Bubble wrap dibuka dan keluarlah dua biji kotak figura Final Fantasy VIII Remake Play Arts Kai.

“Wah smart gila Cloud dengan Sephiroth. Heroin you tak beli?” Sambil beliau belek-belek kotak villain utama Final Fantasy VII itu.

“Ingatkan nak order jugak Aerith tapi saya nampak dah buka preorder Dress Version jadi saya tunggu yang itu.” Figura Aerith dalam gaun merah mengundang betul, terus sahaja buat bayaran kali pertama tengok di Shopee. Harapnya tak mengecewakan.

“Laa you Team Aerith ke? I Team Tifa.” Seronok betul beliau cerita tentang bagaimana beliau sudah habiskan game Final Fantasy dari 7 sampai 14. Kemudian beliau sambung cerita tentang beberapa figura model lain yang dirasakan smart.

Begitulah kisah bagaimana seharian dua action figure jadi pameran sampai habis syif. Lepas ni sumpah takkan guna alamat hospital dah.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain