Satu perkara yang menjadi concern apabila berada di luar Malaysia adalah masalah bahasa. Lebih-lebih lagi apabila anda berada di negara yang bahasanya tidak common digunakan di Malaysia. Contohnya Bahasa Arab. (Eh, bukankah Bahasa Arab sering digunakan di Malaysia? Azan, Quran, doa semuanya dalam Bahasa Arab. XD)

Semenjak dua tiga menjak kebelakangan ini Bahasa Arab saya semakin lemah. Kalau dulu di Tahun Satu dan Dua, percakapan orang sekeliling boleh difahami, tapi tidak pandai merespon. Sekarang, faham pun tidak, inikan pula merespon. Maka saya sekarang sangat fobia dengan manusia Arab.

Kemungkinan yang berlaku adalah:
1. Saya semakin bengap dalam Bahasa Arab.
2. Manusia Arab semakin maju dan menggunakan vocabulary baru.

Kemungkinan kedua adalah sangat mustahil. Maju?

Maka, sedikit sebanyak merencatkan urusan seharian. Lebih-lebih lagi apabila dipaksa berurusan. Maklumlah, saya sekali lagi diberi peluang untuk bercuti setahun. Jadi, saya sekarang tiada kerja. Kelas Mikrobiologi cuma sehari (Sabtu) maka manusia berpakat-pakat memberi kerja-kerja luar (outstation).

Ataupun sebenarnya hikmah Allah tidak menge-pass-kan saya ke tahun klinikal adalah disebabkan Bahasa Arab saya yang berkarat?