Anak Iban Belajar Jawi

“Dokter Apis, tolong akak sekejap.”

“Ye Kak Jay kenapa?” Baru sahaja nak duduk lepak lepas kemurungan susah betul set line pesakit chubby tengah sawan, akak baju putih dah datang kacau.

“Ni tolong check kerja rumah jawi anak akak.”

“Wah, belajar jawi ke? Hebat gila.” Teruja kerana anak Iban belajar Jawi. Kalau di Malaysia rasanya dah berdemo pukul bomba sampai mati dah ni rasanya. Nama pun Jay-Quelin memang sah Iban Kristian, bukan Islam.

Aku ambil telefon dari tangan beliau. Belek-belek gambar yang dihantar ikut Telegram. Tak semena-mena dahi berkerut.

“Ini bukan jawi kak. Ini Bahasa Arab terus.” Terkesima sekejap bila tengok latihan tentang nama benda-benda dalam rumah.

“Ya ya, anak akak ambil Bahasa Arab.” Beliau bercerita kalau tak ambil Pendidikan Islam boleh pilih subjek lain, jadi anak beliau ambil Bahasa Arab.

“Habis tu selama ini akak periksa kerja rumah macam mana?”

“Pakai Google Translate. Kalau yang tulisan komputer tu bolehlah chek, tapi bila masuk latihan kena tulis tangan Google tak detect.” Allahu gigih betul mak zaman sekarang.

Aku tengok semula semua latihan tiga muka surat. Ligat jugalah fikir balik telefon, langsir, katil, bilik air dalam Bahasa Arab apa berjadah-aku-dah-lupa-oii.

“OKlah semua betul, satu je kena baiki.” Aku tunjuk bahagian yang salah dan jawapan yang betul.

“Nanti akak suruh dia betulkan pastu boleh hantar kepada cikgu.” Kak Jay berlalu pergi sambil tekan henfon hantar mesej.

Syed Saddiq ingat belajar subjek pelik-pelik tak berguna ke bila dah jadi dokter? Ada juga gunanya nak betulkan kerja rumah anak orang.


[Epilog]

“Dokter Apis, jawapan anak saya semalam cikgu dia kata semua betul,” Kak Jay tegur aku pagi ini. Ceria betul.

“Well, kan saya dah cakap satu tu sahaja yang salah kena betulkan.” Bangga sekejap.

“Minggu depan kena buat ayat pendek karangan. Dokter Apis chek jugak eh.”

Hahahahahaha

Telah disiarkan melalui Facebook

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain