Di Mana Kan Ku Cari Ganti


Sempena bulan Oktober yang dinobatkan sebagai Bulan Memperingati P Ramlee, Pesona Pictures menerbitkan sebuah dokumentari yang menceritakan detik kehidupan P Ramlee dalam industri hiburan. Saya berpeluang menonton dokumentari ini dengan pantas setelah kuasa download tiba-tiba melonjak naik kepada 150kbps semalam. XD

P Ramlee sememangnya dikenali sebagai legenda dalam industri hiburan; pelakon, penyanyi, pengarah, penulis skrip dan komposer, beliau merupakan all-around talent yang sukar untuk dicari ganti. Dokumentari ini mendedahkan suka duka, positif negatif tentang P Ramlee dan bagi saya, dokumentari ini merupakan satu lagi koleksi yang harus ditonton oleh peminat beliau terutamanya generasi baru yang lahir 40 tahun selepas beliau meninggal.


Komen saya setelah menonton dokumentari ini, seperti biasa ada banyak pengajaran yang saya cuba ambil supaya tontonan itu tidak sia-sia:

1. Erti sebuah perjuangan.
Jangan sekali-kali menyebut anda telah berjuang habis-habisan selagimana anda belum lagi sampai ke tahap akan mati. Walaupun hidup P Ramlee telah sampai tahap melarat, beliau masih lagi berusaha untuk mencapai impian beliau membuat sebuah filem berwarna. Ke sana sini memohon pinjaman demi cinta beliau terhadap dunia hiburan.

Kita baru diugut akan dipecat, dah berhenti melaungkan kebenaran. Baru sahaja disibukkan dengan urusan keduniaan, sudah berfikir untuk lari dari usaha sukarelawan. Setakat itu sahajakah erti perjuangan kita?

Bagi mereka yang berterusan istiqamah, adakah usaha anda pada hari ini akan kekal setelah anda pergi? Atau cukup setakat era anda tanpa usaha untuk mencipta legasi?

2. Kita tak boleh berjaya dengan hidup seorang diri.
Kenapa P Ramlee berjaya di Singapura (Shaw Studio) dan bukan di Kuala Lumpur (Studio Merdeka)? Sedangkan beliau berbakat besar. Banyak faktor, tapi salah satunya tiada orang yang membantu beliau. Krew di Studio Merdeka semuanya amatur. Peralatan pula tidak secanggih Shaw Studio.

Kita tak boleh berjaya tanpa manusia di sekeliling. Walaupun kita boleh jadi penulis, pelukis, penerbit, ketua, exco, dan semua jenis kerja boleh kita buat, tapi kalau tiada sokongan daripada orang di sekeliling, siapa kita pada hari ini? Berterima kasihlah kepada sahabat yang banyak membantu kita dan cubalah berusaha untuk membantu mencemerlangkan orang lain.

3. Jiwa yang kosong perlu diisi.
Saya paling kagum apabila P Ramlee menyatakan jiwa yang kosong perlu diisi supaya tidak dimasuki unsur negatif. Walaupun beliau merujuk kepada “muzik”, tapi kata-kata beliau membuatkan saya terfikir; Apa yang telah kita isi dalam jiwa anak-anak kita pada hari ini? Apa yang perlu kita isi supaya tidak dimasuki unsur negatif di kemudian hari?

4. Kita takkan tahu pengakhiran kita bagaimana.
Perjalanan hidup beliau agak unik. Naik ke kemuncak, turun merudum kemudian melonjak naik kembali sejak kematian beliau.

Jangan sangka kejayaan kita pada hari ini akan kekal. Maka jangan sombong dengan pertolongan Allah.
Jangan juga sekali-kali menyangka kegagalan kita akan kekal. Maka jangan putus asa daripada rahmat Allah.

Kita tak tahu pengakhiran kita bagaimana, maka berusaha untuk mencapai penutup yang terbaik.

5. Menjadi manusia memang best.
Bila dah mati baru nak dihargai. Waktu hidup dibiar sendiri.
Bila dah tiada baru nak dipuji. Waktu ada dicaci maki.

Seronok kan, jadi manusia?


Filem P Ramlee seniasa kreatif. Masih kekal hingga sekarang. Tengok berulang kali pun boleh. Kenapa filem sekarang gagal menjadi legenda seperti beliau? Ditayangkan sekali, nak tengok dua kali pun dah malas. Haha

Nota: Baru perasan, dokumentari ini ada dalam Youtube:

Kepada mereka yang exam, semoga berjaya.
Sila LIKE post ini, boleh? Kekeke~

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

2 thoughts on “Di Mana Kan Ku Cari Ganti

  1. Bila dah mati baru nak dihargai. Waktu hidup dibiar sendiri.
    Bila dah tiada baru nak dipuji. Waktu ada dicaci maki.

    there’s something for you this year, dari kami. hehe sabar ye :)

Komen di sini, bukan di tempat lain