Tajuk sangat exaggerate. Saya tahu.

Sempena kedatangan 2 acara besar PERUBATAN bulan Disember ini, saya menulis sesuatu. Maaf sekiranya anda tidak berkaitan. Blog ini dulu dibaca dari Moscow hingga ke Australia, sehinggakan saya ragu-ragu untuk menulis entry kontroversi yang berkaitan cuma di Mesir. Bimbang menimbulkan suasana tidak elok di mata pengunjung negara lain.

Maka sekiranya anda rasa tidak berkaitan, sila abaikan entry ini. =)

SADISM

Apa itu sadism?

n.
1. The deriving of sexual gratification or the tendency to derive sexual gratification from inflicting pain or emotional abuse on others.
2. The deriving of pleasure, or the tendency to derive pleasure, from cruelty.
3. Extreme cruelty

Dan mereka yang mengamalkan konsep Sadism digelar Sadist. Juga boleh dipanggil sebagai Perwakilan di Mesyuarat Tahunan. Tidak kira Mesyuarat Tahunan Kaherah (MTK), Cawangan ataupun yang lebih besar; Mesyuarat Agung Tahunan (MAT).

Mereka ini adalah manusia yang mencari kebahagiaan diri sendiri dengan menghujani Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN dengan permintaan dan soalan yang tidak masuk akal. Mungkin juga merasa gembira apabila berjaya me’mampus’kan (maaf saya tidak tahu bahasa bakunya apa) AJKT yang berada di atas pentas.

Lebih-lebih lagi MTK dan mungkin juga MAT akan datang bakal menggunakan konsep 2 jenis Usul iaitu:
1. Usul mengubah Perlembagaan PERUBATAN
2. Usul menentukan gerakerja PERUBATAN

Bagi saya, konsep ini tidak lebih dari cuma menjelaskan lagi pergerakan sesi Usul. Sebenarnya konsep nombor 2 itu telah wujud sebelum ini, tetapi di bawah nama ‘Cadangan’, bukan ‘Usul’. Perbezaan ini menjadikan ‘Cadangan’ itu nampak kurang penting dan seringkali tidak dibahaskan.

Berbalik kepada persoalan tadi, dengan wujudnya 2 jenis Usul ini, bakal menggembirakan hati-hati sadist perwakilan ini. Mereka akan berbahas sesama mereka, kemudian apabila keputusan dicapai, para AJKT yang berada di atas pentas akan terpaksa melaksanakannya. Berkemungkinan besar Usul itu akan disokong-dengan-pindaan supaya ianya lebih kejam dan menambahkan lagi sexual pleasure mereka.

Bukan begitu?

Maka para sadist PERUBATAN sekalian, mari bergembira di Mesyuarat Tahunan Kaherah! Kita rencanakan soalan dan permintaan yang keji lagi kejam untuk AJKT sekalian.

MASOCHISM

Bagaimana pula dengan masochism?

n.
1. The deriving of sexual gratification, or the tendency to derive sexual gratification, from being physically or emotionally abused.
2. The deriving of pleasure, or the tendency to derive pleasure, from being humiliated or mistreated, either by another or by oneself.
3. A willingness or tendency to subject oneself to unpleasant or trying experiences.

Jawatankuasa khas untuk Pemilihan jawatankuasa PERUBATAN (JPP) 2010 dengan hasil perbincangan Lembaga Penasihat, kali ini menggunakan sistem baru untuk Pemilihan Jawatankuasa. Iaitu Sistem Terbuka.

Kalau tidak silap pengalaman saya selama 3 tahun bergelar JPP, JPP menukar sedikit sistem pada tahun 2007 dengan memperkenalkan format borang yang baru, manakala pada tahun ini perubahan sangat besar dilakukan pada semua fasa sebelum Hari Pengundian (Penjualan Borang, Hari Pencalonan, Tempoh Kempen, Tempoh Bantahan).

Sistem Terbuka ini memperkenalkan:
1. Keterbukaan menjadi calon Pemilihan kepada seluruh Mesir, tidak terhad kepada Kaherah sahaja.
2. Keterbukaan kepada sesiapa sahaja untuk melangkah ke depan menjadi calon, bukan dengan hasil undian popular.
3. Keterbukaan untuk berkempen.

Sudah tentu sistem ini adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh para penganut fahaman Masochism (Masochist). Mereka akan melangkah ke depan untuk menjadi Calon AJKT supaya dapat mendera diri mereka sendiri melakukan pelbagai tugas demi PERUBATAN.

Kesakitan dan penderitaan adalah kebahagiaan mereka. Stress adalah santapan rohani mereka. Kerja adalah tujuan utama kehidupan mereka. Lebih banyak tugas dan kerja yang berjaya diambil, lebih sukar dan mustahil sesuatu kerja, lebih puas sexual pleasure mereka.

Bukan begitu?

Maka para masochist PERUBATAN sekalian, mari membeli borang Pencalonan. Hanya LE10 atau kurang, anda akan memperoleh kepuasan yang anda inginkan.

MANIFESTO

Bahagian yang terakhir ini mungkin lanjutan daripada bahagian 2 di atas.

Sistem baru JPP ini menyebabkan Calon disunatkan berkempen untuk meraih undi. Disebabkan Cawangan terlebih dahulu mengadakan Pemilihan, saya dapat memerhatikan kaedah kempen mereka, yang saya rasakan sedikit tersasar.

Pertama, manifesto merupakan wasilah untuk meraih undi di kalangan pelajar PERUBATAN. Kedua, kita bertanding atas tiket dan kapasiti untuk menjadi salah seorang AJKT PERUBATAN.

Kalau di Malaysia, calon Pilihan Raya akan menggunakan manifesto seperti pembinaan jalan raya, menambah lampu, membina masjid dan sebagainya, tapi lain daripada Pemilihan di sini. Kata-kata seperti ‘Berjuang demi Islam’ juga tidak mungkin berguna, kerana kita bukan menggunakan sistem Parti Politik. Ya, saya tahu anda akan berjuang demi Islam, tapi tidak mungkin ayat tersebut bakal meraih undi kerana rata-rata calon dan pengundi adalah tinggi tahap kefahaman Islam. Ada juga manifesto yang terlalu panjang dan banyak serta berjela-jela. Manifesto merupakan janji kepada pengundi. Terlalu banyak janji, takut-takut tidak boleh dilaksanakan dengan kapasiti persatuan.

Kemenangan dalam Pemilihan akan menjadikan Calon sebagai seorang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) yang akan memegang salah satu Biro. PERUBATAN mempunyai 40 biro. Maka, untuk meraih undi, Calon mestilah cuba memasukkan Biro sebagai manifesto mereka.

Sebagai contoh: “Sekiranya saya, Damak Hamdani menang, saya akan mansuhkan sistem musyrif melalui Biro Kebajikan“. Maka anda berpeluang meraih undi ikhwah serta akhawat yang bencikan sistem musyrif. Ataupun: “Sekiranya saya Ika Roslan menang, saya akan memegang Biro Penerbitan & Penerangan dan menubuhkan Akademi PERUBATAN untuk melatih pakar dalam bidang grafik, video dan penerbitan serta kewartawanan“. Saya kira manifesto ini bakal meraih undi pegawai-pegawai mediaPERUBATAN di seluruh Mesir.

Manifesto seperti ini juga membantu pengundi menentukan siapa yang perlu dipilih. Damak Hamdani ingin memegang Biro Kebajikan, manakala Ika Roslan ingin memegang Biro Penerbitan & Penerangan, maka dia hanya perlu memilih calon untuk 38 biro yang lain sahaja. Bukankah ini membantu sekiranya pengundi ketandusan calon untuk dipangkah? =)

Sekaligus, sekiranya anda tidak puas hati dengan mana-mana Biro PERUBATAN, jadikan keinginan anda mengubah peranan dan gerakerja Biro itu sebagai manifesto dan belilah borang Pencalonan. Siapa tahu, harga LE8 yang anda bayar itu bakal mengubah dunia PERUBATAN.

KESIMPULAN

Sadomasochism adalah saling melengkapi. Apabila sadist gemar menyeksa orang lain, perlulah ada masochist untuk menerima penderaan mereka. Apabila ada demand yang tinggi daripada sadist, maka para masochist dapat meningkatkan kualiti dan hasil kerja mereka. Sekaligus memuaskan sexual pleasure kedua-dua pihak.

Tapi, jangan hanya pandai demand dan meminta-minta, sesekali kita kena belajar menerima dan cuba memenuhi permintaan orang lain. Jangan juga hanya mengikut dan menurut, sesekali kita kena cuba meminta pertolongan orang lain.

Semoga berjaya, sadist dan masochist PERUBATAN sekalian!