*Saya sedang berada dalam Mode teruja kerana menemui sesuatu yang menarik*

Selalunya apabile manusia bertanya software yang saya gunakan untuk mengedit video, saya akan jawab Sony Vegas Pro (untuk Video Utama) dan Adobe After Effects (untuk Efek) tapi jarang ada manusia yang betul-betul meniru saya dan menggunakan Sony Vegas Pro. Biasanya mereka mungkin mencuba sebentar, tapi kemudian beralih kepada software yang lain.

Hari ini saya menemui sebabnya: Sony Vegas Pro sangat Advance, untuk kakitangan Profesional, sangat rumit untuk digunakan, dan mungkin saya sebenarnya tidak layak menggunakan software ini kerana tidak dapat mengoptimumkan penggunaannya.

Asal cerita, Sayut Alex bertanya antara Sony Vegas Pro VS Corel VideoStudio Pro X3, yang mana lebih hebat?

Saya menemui link berikut dari carian Google: Video Editing Software Review 2011

Agak mengecewakan kerana Corel VideoStudio Pro X3 berada di tangga kedua selepas Cyberlink PowerDirector dan Sony Vegas Pro langsung tidak termasuk dalam ranking. Cuma Sony Vegas Movie Platinum berada di tangga kelapan.

Namun begitu, saya menemui link berikut: Video Production Software Review 2011

Rupa-rupanya Sony Vegas Pro berada dalam kategori yang lain iaitu Video Production.

Maka, apa beza Video Editing dan Video Production?

The difference between video editing software and video production software is integration. With video editing software you can edit video and maybe apply a few visual effects; with video production software you can edit video, create visual and sound effects, mix audio tracks, and combine these elements to produce a masterpiece of cinematic proportions.

Kata mudahnya, Video Production berada di tahap lebih tinggi daripada Video Editing.

Kesimpulannya, Sony Vegas Pro merupakan software yang terlalu Advance untuk digunakan seorang pelajar bagi menghasilkan sebuah video biasa.

Video production software is a professional non-linear video editing tool used to produce motion pictures, commercials, corporate communications, etc. These industry leading software packages usually require specially built computers and professionally trained editors to operate them effectively. We aren’t talking about your everyday do-it-yourself video editors here.

Maka tidak hairanlah tidak ramai yang menggunakan software ini.

Review dari satu pihak selalunya tidak tepat, tapi 2 link di atas mengandungi maklumat semua software secara objektif (boleh tambah transition atau tidak, boleh import AVCHD atau tidak, boleh render HD atau tidak, dsb) maka sekalipun anda tidak ingin percaya dengan rating yang diberikan, saya tetap syorkan anda memerhati comparison yang dibuat. Maklumat tersebut mungkin membantu anda memilih software yang kena dengan cita rasa anda.

Akhir sekali, bandingkan 2 video ini yang mana lebih menarik:


atau

Sudah tentu video pertama, dibuat menggunakan Cyberlink PowerDirector, maka bertukarlah kepada software tersebut sekarang. :)
Tidak tahu download di mana? Sila komen.

p/s: Saya masih lagi selesa menggunakan Sony Vegas Pro. Sambungan entry ini akan menyusul kemudian.