Saya memang suka menyimpan bookmark. Bookmark dan keychain; kalau anda semua melancong ke mana-mana, dua jenis cenderahati ini sudah cukup bagi saya. Ke terlalu common? Haha

Disebabkan batch novel sewaktu evakuasi sudah mula dibuka sedikit demi sedikit maka saya menyelongkar almari mencari peti besi yang menyimpan harta karun untuk meletakkan bookmark-bookmark yang baru bersama koleksi lama. Akhirnya terjumpa sesuatu yang menarik dari 6 tahun dahulu. Sangat mengujakan hingga tergelak berguling-guling di atas lantai.

Koleksi kata-kata semangat daripada guru-guru sempena SPM. Lengkap dengan tandatangan. Haha

Teruja dengan tandatangan cikgu, kami pun nak jugak. Tapi saya sudah lupa ini tandatangan satu kelas atau tidak cukup seorang dua. Haha

Sentimental value yang cuma dapat dinikmati dengan adanya jasad fizikal. Boleh dibelek-belek, dipegang-pegang; betapa berharganya kalau kotor, hilang, koyak, tidak mungkin dapat diganti kembali. Sama juga dengan kad raya dan surat cinta serta album gambar. Haha

50 tahun akan datang benda ini mungkin menjadi satu kenangan untuk diceritakan kepada anak cucu cicit. Haha

Barangan antik harganya mahal bukan? Tapi yang ini confirmed tidak boleh dijual beli. Haha

Ok sudah boleh berhenti gelak :P

IKLAN!
Only RM15 and you’ll be able to talk for 50 minutes and send 150 SMS.