Hari ini eksperimen telah selesai maka masa untuk membentangkan hasil dan menentukan samada hipotesis dibuktikan benar atau tidak.


PENGENALAN

Kita sering mendengar istilah “Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya.” Kata motivasi ini ditujukan kepada mereka yang gagal, untuk meningkatkan motivasi diri seterusnya bangkit kembali pada masa akan datang.

Namun begitu, sesetengah tempat tidak boleh dipraktikkan kata motivasi ini. Antaranya Universiti Kaherah.


HIPOTESIS

Mereka yang PERNAH mengulang tahun tidak akan cemerlang lagi pada masa akan datang.


EKSPERIMEN

Untuk membuktikan hipotesis ini, pemerhatian dijalankan terhadap batch Gen6 yang PERNAH mengulang tahun dan NAIK tahun seperti biasa iaitu Tahun 3 dan 4. Mereka yang SEDANG mengulang tahun dikecualikan kerana mereka mungkin mengambil kurang matapelajaran dan terdapat desas desus mereka yang SEDANG mengulang tahun tidak akan mendapat lebih daripada Maqbul.


PEMBOLEHUBAH

Manusia. Kita akan menganggap bahawa kesemua manusia yang pernah mengulang tahun ini sudah insaf dan belajar dengan bersungguh-sungguh, membuat semua latihan soalan tahun-tahun lepas, sentiasa hadir ke kelas, rajin berdiskusi study group dan paling penting bersemangat untuk menimba ilmu perubatan di Mesir ini.


HASIL

Daripada hasil eksperimen, 99% pelajar yang pernah mengulang tahun akan Dur Tani, dengan 1 isolated case iaitu Jackster yang memperoleh Jayyid pada tahun ini.

Markah subjek yang lepas pula hanya setakat Maqbul dengan sebahagian besar daripada mereka mendapat bantuan markah yang agak banyak.


KESIMPULAN

Daripada hasil kajian, dapatlah dibina satu Teori Konspirasi iaitu mereka yang PERNAH mengulang tahun akan didiskriminasikan oleh pihak Universiti Kaherah dan mungkin juga adalah amat sukar untuk mereka cemerlang pada tahun berikutnya. Pendek kata, kesukaran belajar perubatan di sana akan digandakan dua atau tiga kali ganda.

Lanjutan daripada Teori Konspirasi ini juga, Jackster bolehlah digelar Dewa kerana berjaya menempuh kesukaran dua kali ganda ini dan memperoleh keputusan Jayyid.


TAMBAHAN

Daripada Teori Konspirasi ini, dapatlah kita nasihatkan kepada adik-adik yang masih kecil agar belajar bersungguh-sungguh sejak Tahun 1 lagi dan tidak mengabaikan pelajaran. Sekiranya terleka seketika dan Dur Tani, berusahalah untuk lepas peperiksaan tersebut dan TIDAK mengulang tahun kerana sekali sahaja mengulang tahun, Teori Konspirasi ini akan teraplikasi kepada anda untuk selama-lamanya.

Sekiranya anda ditakdirkan TERmengulang tahun, anda perlulah bersedia untuk terus meninggalkan bumi Mesir dan pulang menyambung pelajaran di Malaysia kerana peluang anda lebih cerah di sana. Sekiranya anda ingin meneruskan cabaran di Mesir maka anda mestilah berusaha lima kali ganda lebih hebat daripada pelajar Mumtaz biasa dan mempersiapkan mental untuk cabaran yang mendatang.

Selain daripada itu, kewujudan Teori ini juga membatalkan salah anggap sesetengah pihak yang memandang serong mereka yang mengulang tahun banyak kali kerana sebenarnya mereka sangatlah rajin sehingga tidak membuang masa menyertai aktiviti persatuan dan tidak pernah keluar rumah tanpa urusan penting lantaran rajinnya mereka mengulang kaji pelajaran di rumah.

Kerajinan mereka terbukti apabila dapat menghafal mukasurat berapakah Hamburger’s Phenomenon terletak dalam buku Physiology, apakah rajah yang digunakan dalam buku teks Anatomy, serta semua nama-nama Antihistaminic H1 Blockers dalam buku Pharmacology. Tidak dilupakan juga buku Community Medicine yang sentiasa berada di sisi tidak kira samada mereka berada di rumah atau di luar rumah, sedang makan atau sedang mandi.

Ketabahan mereka seharusnya dipuji kerana walaupun disumpah dengan Teori Konspirasi ini, mereka masih lagi cekal meneruskan pengajian dan berusaha menggapai kecemerlangan.

Sekian.

IKLAN!
Scientific study shows that 65% of women will notice at least one change in skin condition. Prevent your skin from damaging effects of skin ageing.